Siasat Najib kes SMS isu Altantuya

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa timbalan perdana menteri disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan kuasanya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Desakan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu berbangkit lagi selepas pendedahan pertukaran mesej SMS, yang didakwa antara pemimpin Umno itu dengan seorang peguam kanan Datuk Muhammad Shafee Abdullah berhubung pendakwaan terhadap penganalisis politik Abdul Razak Baginda dalam kes itu.

“Dakwaan kita terhadap Najib – daripada kes Altantuya, (urusan pembelian) kapal selam dan Eurocopter kepada SMS antara beliau dengan peguam – tidak ada apa-apa jawapan, tiada siasatan dan tiada laporan,” kata Anwar di lobi Parliamen hari ini.

Dalam sidang medianya di bangunan itu tadi, Najib menafikan komunikasi SMS itu menunjukkan wujudnya salah guna kuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: