Gerakan gesa mansuh ISA, perkenal undang-undang antikeganasan

BERITA HARIAN – KUALA LUMPUR: Parti Gerakan mahu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan undang-undang antikeganasan diperkenalkan, seperti cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Perkara itu antara lima resolusi utama diluluskan persidangan perwakilan kebangsaan ke-37 parti itu yang berakhir di sini hari ini.

Selain resolusi itu, persidangan juga meluluskan resolusi mengenai politik, ekonomi, hal ehwal parti dan pendidikan.

Persidangan tiga hari itu menggesa agar Akta AntiKeganasan itu tertumpu kepada langkah pencegahan dengan menahan mereka yang melakukan tindakan keganasan dan juga meliputi perlindungan seperti hak kepada semakan penghakiman dan pelantikan peguam bagi tahanan.

Dalam menggalakkan keharmonian agama dan etnik, Gerakan bercadang menubuhkan pasukan pakar untuk memberikan input kepada parti bagi merumuskan kod tatalaku Barisan Nasional (BN).

Parti itu bercadang mengadakan dialog tetap dengan pelbagai badan agama dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai pelbagai isu kebimbangan bersama serta menggubal dan menguatkuasakan undang-undang terhadap penerbitan dan ahli politik yang mengganggu-gugat keharmonian antara kaum dan agama. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: