Strategi Abdullah, Najib bakal ‘dikambing hitamkan’

HARAKAHDAILY- TEMERLOH – Pemimpin PAS Pahang menyifatkan, pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Mesyuarat Agung parti itu Mac depan disifatkan sebagai suatu strategi politik untuk meredakan kritikan terhadapnya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, Abdul Majid Hassan berkata, Abdullah dalam keadaan tertekan dan beliau tidak mampu menghadapi banyak musuh dalam satu-satu masa khususnya dari dalam dan luar parti.

ImageStrategi Abdullah, kata beliau ialah untuk mengurangkan jumlah musuh ke tahap minima.

Beliau berpendapat, Abdullah cuba melepaskan beban yang dihadapinya kepada Najib sedangkan Najib sebenarnya tidak mampu membawa Umno kemana-mana kerana beliau mempunyai masalah imej yang tidak baik malah lebih buruk berbanding Abdullah.

“Dengan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno, Abdullah berharap segala tohmahan terhadapnya akan lenyap dan masalah Umno terbeban kepada Najib manakala beliau dapat menumpukan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri,”ujarnya.

ImageBagi Yang Dipertua PAS Kawasan Pekan, Ustaz Abu Kasim Manaf pula, para penyokong Najib belum bolehlah merayakan kejayaan pemimpin mereka itu.

Ini kerana peralihan kuasa Abdullah-Najib masih belum muktamat, dalam tempoh lima bulan ini apa pun boleh berlaku.

“Perlu diingat Najib masih belum menjadi orang nombor satu, segala-galanya masih kekal di tangan Abdullah, ertinya Abdulllah masih memantau Najib dan orang-orangnya dari masa ke semasa,”katanya.

Abdullah dengan kuasa sebagai PM bila-bila masa sahaja boleh memusnahkan harapan dan impian Najib sama seperti Mahathir memusnah impian Anwar dahulu.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Karim pula berpendapat, pengumuman Abdullah seolah-olah Perdana Menteri itu dalam keadaan terpaksa kerana pada masa sama Abdullah turut mengumumkan beberapa perkara penting termasuk akan meneruskan usaha menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman dan lain-lain.

ImageBeliau berpendapat, kenyataan Abdullah itu tidak menggambar dia seorang Perdana Menteri yang akan bersara.

Katanya, pada masa sama jentera kempen Pak Lah tetap akan berusaha ‘melobi’ untuk mendapatkan seberapa banyak mungkin pencalonan dari bahagian-bahagian untuk Abdullah mengekalkan jawatan sebagai Presiden Umno.

Jika Abdullah mendapat pencalonan yang mencukupi bagi dari bahagian-bahagian, ia mampu mengubah pendirian beliau daripada tidak mempertahankan jawatan presiden kepada sebaliknya.

“Saya tidak fikir anak menantu Abdullah akan mengalah dan membiarkan ‘ayahanda’ mereka ditewaskan dengan mudah,”katanya.

Ramai berpendapat Abdullah adalah pemimpin Umno yang paling banyak membuat kenyataan ‘U turn’ sebelum ini. Orang ramai tidak akan lupa bagaimana Abdullah yang menafikan pembuburan parlimen dahulu tiba-tiba mengubahnya pada keesokan harinya.

Begitu juga dengan kenyataanya untuk menurunkan harga minyak pada 1 September lalu tiba-tiba mengubahnya lebih awal, pendirian Abdullah yang sentiasa berubah-rubah itu seharusnya diambil kira oleh semua sebelum mempercayai kata-kata perdana menteri sepenuhnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: