Najib tidak cekap – Dr Mahathir

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut nasihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mengulas prestasi Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri sekarang, Dr Mahathir berkata, beliau tidak tertarik.

Najib, katanya, perlu membuat perubahan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara kelak.

Mengenai orang yang berkemungkinan menjadi timbalan Najib (apabila menjadi Presiden Umno), bekas Presiden Umno itu berkata, ia sepatutnya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pesaing lain yang ada sekarang bagi mengisi jawatan Timbalan Presiden Umno hanyalah “pak lawak” semata-mata.

Mengulas pengunduran Abdullah, Dr Mahathir berkata, beliau gembira apabila jangkaannya silap.

Beliau sebelum ini menjangka Abdullah tidak akan berundur sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Beliau berkata, beliau terperanjat apabila mendengar pengumuman Abdullah hari ini bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno dan akan melepaskan teraju kepimpinan negara.

“Saya gembira kerana Umno akan dapat dibina semula,” Bernama memetik beliau berkata kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Dr. Mahathir, yang selama ini begitu lantang meminta Abdullah berundur sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berkata beliau berharap Abdullah tidak akan mengenakan sebarang sekatan dan halangan dalam tempoh peralihan kepimpinan itu.

Menjawab soalan sama ada beliau akan kembali menganggotai Umno selepas Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata, beliau akan berbuat demikian dengan syarat mereka yang meninggalkan parti itu bersama beliau, turut diterima semula.

Ditanya apakah yang perlu dilakukan oleh Abdullah mulai sekarang hingga Mac tahun depan, Dr Mahathir berkata: “Diam.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: