Mufti: Alasan KDN haramkan buku ‘primitif’

MALAYSIAKINI – Mufti Perlis menyifatkan alasan pengharaman buku-buku oleh Kementerian Dalam Negeri sebagai lambang “sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden.”

pelik tapi benar dalam solat“Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut ‘boleh mengelirukan orang ramai’, lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah.

“Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden,” kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang sedang bergolak dengan jawatannya minggu ini.

“Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka.

“Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.”

Dalam blognya hari ini, mufti muda yang lantang itu mengulas pengharaman sebuah buku agama Pelik Tapi Benar Dalam Solat, Ogos lalu.

muslim women and the challenge of islamic extremism noraini othmanBuku karangan Abdul Rahman Mohamed diharamkan bersekali buku terbitan Sisters in Islam (SIS), Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Universiti Kebangsaan Malaysia.

Buku mengenai solat itu mengupas kaedah-kaedah solat khusus, misalnya sewaktu mendukung bayi atau bersembahyang di dapur.

Dr Mohd Asri berkata selepas menyemak buku berkenaan, “saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah.”

“Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya. Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan bercanggah dengan prinsip Islam,” katanya lagi.

“Kalau panel (penapisan buku) berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak penulis mengemukakan alasan-alasannya.

“Dalam Islam, selama mana ia tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu bercambah.

sisters in islam anti book banning book burning campaign 190808 post card“Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu.”

SIS melancarkan kempen ‘Jangan Haram Buku’ tidak lama selepas karya ilmiah itu diharamkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: