Zahid ubah fikiran, tanding naib presiden

MALAYSIAKINI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan Umno Mac depan.

Sebelum ini, beliau merupakan orang pertama yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut.

Bagaimanapun, menurut Bernama, Dr Ahmad Zahid telah mengubah fikiran untuk hanya bertanding jawatan naib presiden Umno Mac depan.

Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat demi menjaga perpaduan ahli peringkat akar umbi dan kekukuhan parti serta menghormati Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, yang bakal menerajui Umno.

“Saya memohon sokongan dan pencalonan daripada akar umbi dalam persidangan Umno bahagian-bahagian untuk jawatan berkenaan (naib presiden) sahaja.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan dan taat setia tidak berbelah bagi saya kepada Datuk Seri Najib, yang telah diberikan kepercayaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti sebagaimana yang telah diputuskan,” katanya.

Ahmad Zahid, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memahami situasi dan realiti politik semasa, yang memerlukan pengorbanan daripada seseorang demi perpaduan dan kekuatan parti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: