Tuanku Nur Zahirah lancar kapal selam ‘Tun Razak’

KOSMO! – CARTAGENA (Sepanyol) – Kapal selam kedua Malaysia jenis Scorpene dilancarkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah di sini semalam, mencatatkan satu lagi sejarah dalam usaha Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk terus meningkatkan keupayaannya di tengah-tengah cabaran keselamatan maritim yang semakin bertambah.

Dalam cuaca yang cerah, “Tun Razak” secara rasmi dipertontonkan kepada dunia oleh Tuanku Nur Zahirah dalam satu upacara di limbungan Navantia di bandar raya pelabuhan ini, kira-kira 450 kilometer dari ibu negara Sepanyol, Madrid.

Tuanku Nur Zahirah, yang kelihatan anggun memakai jaket biru gelap dan berseluar panjang putih, diiringi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Panglima Tertinggi Angkatan Tentera.

Sebagai meneruskan tradisi maritim, Raja Permaisuri Agong memecahkan botol di kemudi kapal, iaitu struktur mirip menara yang terdapat pada permukaan kapal selam itu, menandakan upacara pelancaran rasmi dan penamaan kapal berkenaan.

Malaysia menempah dua kapal selam baru jenis Scorpene berharga RM3.4 bilion pada 2002 yang dibina secara bersama oleh DCNS dari Perancis dan syarikat pembuat kapal selam dari Sepanyol, Navantia.

Kapal selam pertama Malaysia, yang dinamakan “Tunku Abdul Rahman”, sempena Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, dilancarkan di limbungan DCNS di Cherbourg, Perancis, pada Oktober tahun lepas. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: