Najib umum tanding presiden

MALAYSIAKINI – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini secara rasmi menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Najib membuat pengumuman tersebut di majlis Aidilfitri bersama kepimpinan Badan Perhubungan Umno Terengganu dan pemimpin masyarakat semua peringkat di di Kuala Terengganu, petang ini.

“Sehubungan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (yang mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno pada Mac tahun depan).

“Saya dengan rasa rendah hati dan penuh rasa tanggungjawab, ingin menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden Umno,” kata Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno.

Menurut Bernama, Najib, yang ditemani isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Kuala Terengganu pagi ini sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno.

Semalam, Abdullah mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan sekaligus memberi laluan kepada Najib untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri selepas itu.

Abdullah, yang percaya Najib akan dipilih sebagai Presiden Umno yang baru pada pemilihan parti kira-kira enam bulan lagi, mahu timbalannya itu, mengambil alih kepimpinan Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan daripadanya.

Proses peralihan kuasa Perdana Menteri kepada timbalannya itu, sebelum ini ditetapkan dilakukan pada Jun 2010. Bagaimanapun, atas desakan ahli-ahli, ia dipercepatkan pada Mac tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Najib berkata dengan sokongan daripada akar umbi dan para perwakilan parti, beliau berikrar untuk meneruskan agenda perjuangan Umno dengan pembaharuan-pembaharuan yang disebutkan perdana menteri semalam.

“Saya percaya bahawa pengumuman ini akan membolehkan proses demokrasi dalam parti berjalan lancar dan terus subur di samping membolehkan semua ahli Umno berganding bahu untuk memantapkan lagi parti,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: