Mufti bersajak isu mangsa permainan politik

MALAYSIAKINI – Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini bersajak mendendangkan keluh kesahnya berhubung “permainan politik” sehingga memaksanya melepaskan jawatan mufti Perlis hujung bulan ini.

Dalam puisi terbaru yang dimuatkan di blognya, mufti muda itu berkata “apa itu yang mereka cemburu? Kerusi empuk buruk yang aku duduk? Atau kerna aku tidak sanggup mengangguk? Mendengar kata mereka terus duduk?”

Puisi ‘Salah Menduga’ itu juga membayangkan ada pihak yang tidak senang pada beliau susulan sikap lantangnya dalam banyak perkara penting dan kontroversi.

“Atau mereka tidak selesa bila aku berbicara? Atau mereka sangka suaraku lebih berkuasa? Atau mereka rasa aku raja massa? Atau mereka jangka aku akan ke takhta? Atau mereka sangka aku dah kaya?” coretnya menjelang tengah hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: