Harussani: Orang politik tidak tekan mufti

MALAYSIAKIN – Institusi mufti di negara ini “tidak pernah ditekan” oleh pemimpin politik kerajaan dan isu ini tidak pernah berbangkit dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, kata seorang mufti berpengalaman.

“Selama 24 tahun saya menjadi mufti, tidak ada (tekanan). Saya bebas mengeluarkan pandangan,” kata Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria kepada Malaysiakini.

“Di negeri-negeri lain pun, setahu saya tidak (kes tekanan).”

Diminta mengulas dakwaan wujud “permainan politik” sehingga menyebabkan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin meletakkan jawatan hujung bulan ini, Harussani berkata “saya tidak tahu.”

Harussani, yang juga ketua Majlis Mufti Malaysia, berkata beliau sekarang tidak lagi mengeluarkan banyak kenyataan kepada media bukan kerana tekanan politik.

“Bukan saya tidak keluarkan pandangan. Tetapi tidak ada orang yang datang bertanya. Kalau setiap hari orang datang bertanya, setiap harilah saya berikan pandangan,” katanya.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) bagaimanapun menganggap perkembangan di Perlis itu sebagai “pengulangan” kes-kes tekanan pemimpin politik terhadap institusi mufti seperti yang terjadi pada bekas mufti Selangor Datuk Ishak Baharom dan Harussani sendiri.

Yang Dipertua PUM Dr Wan Salim Wan Mohd Nor berkata insiden ini menunjukkan kurangnya pengiktirafan terhadap institusi ulama di negara ini.

Ishak tidak disambung kontraknya selepas mengulas isu ratu cantik yang disertai gadis Islam pada 1990-an, sementara Harussani ditegur berhubung pandangannya sambutan bersama Aidilfitri tidak boleh diraikan bersama perayaan hari kebesaran bukan Islam tahun lepas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: