Guan Eng: Abdullah dipaksa berundur…

MALAYSIAKINI – Pemimpin- pemimpin parti pembangkang memberikan reaksi yang berbeza terhadap keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata Perdana Menteri dipaksa melepaskan jawatan tanpa kerelaannya, dan mengikut jangka masa yang bukan menjadi pilihannya.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, pengunduran secara tiba-tiba dan tidak sopan itu merupakan gambaran muram kedudukan politiknya yang lemah, yang mengakibatkan beliau kehilangan penghormatan oleh parti.

“Berbeza daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah dipaksa berundur,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata ironinya, orang ramai lebih menghormati Abdullah berbanding parti Umno, kerana beliau dilihat sebagai “orang yang memiliki hasrat yang baik, yang mungkin seorang daripada beberapa kerat pemimpin bersih yang masih tinggal dalam Umno”.

“Abdullah sepatutnya meninggalkan legasi dalam memerangi rasuah dengan mewujudkan tender terbuka dan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin dalam Barisan Nasional (BN) dan Umno yang menyalahguna kuasa,” tambahnya.

Sudah terlambat

Selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam, Abdullah mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatanya sebagai presiden Umno, dan akan meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Mac tahun depan.

Sementara itu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat tindakan perdana menteri itu sebagai “sesuatu yang sudah terlambat”.

“Kalau lepas (jawatan) pada Mac tahun depan, Perdana Menteri seperti rasa tidak bersalah, dan kalau bertanggungjawab pada parti atau negara sepatutnya letaklah jawatan sekarang,” katanya kepada pemberita.

Nik Aziz turut menyifatkan tindakan Abdullah sebagai tidak bijak dan telus kerana ia akan terus mengeruhkan suasana politik negara.

Kerajaan Kedah pimpinan PAS puls berharap pengganti Abdullah nanti akan meneruskan hubungan mesra dengan kerajaan negeri.

Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihaknya akan berurusan dengan sesiapapun yang dilantik menjadi Perdana Menteri.

Hubungan baik

“Saya tidak mahu menjaga tepi kain orang dan perkara itu (keputusan Abdullah) adalah masalah Umno,” katanya dan menambah, Kedah mempunyai hubungan baik dan mesra dengan kerajaan persekutuan, dan menganggap Abdullah sebagai pemimpin kerajaan yang menunjukkan contoh terbaik dalam hubungan antara Umno dan PAS.

“Bagaimanapun jika sudah sampai masa bagi Abdullah meletak jawatan ia sepatutnya melakukannya kerana pemimpin datang dan pergi adalah perkara biasa,” kata Azizan.

Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata adalah sukar bagi Abdullah melaksanakan janji-janji beliau untuk melakukan pembaharuan, sebaik sahaja beliau mengumumkan rancangan pengundurannya semalam, berbanding ketika beliau memperolehi mandat besar pada pilihan raya Mac 2004.

“Namun begitu tekad tersebut masih boleh dilaksanakan sekiranya Abdullah bersedia untuk melakukan sesuatu yang mustahil, dan menggunakan tempoh lima bulan sebagai Perdana Menteri untuk melaksanakan semua ikrar dan janji yang dibuatnya sejak lima tahun lepas,” menurut beliau dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tindakan itu perlu dilaksanakan mulai mesyuarat kabinet hari ini, dan juga pada hari pertama Parlimen bersambung pada 13 Oktober ini, dan menurutnya ia adalah pengunduran terhormat bagi Perdana Menteri kelima itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: