AKU tak rela letak jawatan, TAPI…

MALAYSIAKINI – Umno bahagian Bukit Mertajam mendakwa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah didesak oleh pemimpin utama parti supaya tidak mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.

“Pak Lah sebenarnya tidak rela untuk meletakkan jawatan tetapi dia berbuat demikian kerana beberapa pemimpin utama Umno suruh dia berhenti.

“(Umno) Bukit Mertajam kecewa Pak Lah tidak bertanding dalam pemilihan Umno akan datang,” kata ketuanya, Datuk Musa Sheikh Fadzir ketika dihubungi hari ini.

Perdana menteri mengumumkan semalam bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.

Musa berkata, ketua pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara pemimpin yang bercakap mengenai peralihan kuasa tetapi beliau sendiri tidak melakukan peralihan tersebut dalam pergerakan Wanita.

“Dia (Rafidah) suruh Pak Lah berhenti tetapi mengapa beliau sendiri tidak berhenti.

“Mengapa dia tidak buat peralihan kepada Datuk Seri Shahrizat pada bulan Mac sama seperti Abdullah menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” katanya lagi.

Kecewa dengan perkara tersebut, Musa berkata, Umno bahagian Bukit Mertajam menyerahkan kepada mesyuarat bahagian untuk mencalonkan jawatan timbalan Presiden Umno dan jawatan-jawatan lain.

Katanya, keputusan ini selaras dengan kenyataan pemimpin Umno bahawa peralihan kuasa itu atas kehendak akar umbi.

“Sekarang biarlah perwakilan yang menetukan siapa pemimpin yang mereka hendak memimpin Umno,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: