Muhyiddin: Hormati pengorbanan Pak Lah

MALAYSIAKINI – Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden Umno adalah satu pengorbanan  yang besar dan harus dihormati.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata keputusan yang dibuat Abdullah itu menunjukkan beliau lebih mementingkan parti daripada diri sendiri.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin“Kita dimaklumkan bahawa beliau (Abdullah) tidak  berhasrat mempertahankan jawatan presiden dalam pemilihan parti Mac akan datang dan semua pemimpin komponen BN nampaknya memiliki perasaan berbelah bagi, tetapi menghormati perasaan presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional (BN) itu.

“Ini (tugas Presiden) akan terus diambil oleh (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) sebagai orang yang ditunjuk olehnya, dan selepas diambil kira banyak perkara yang berlaku, saya percaya ia dibuat atas kepentingan parti dan Barisan Nasional,” katanya kepada pemberita di Menara Datuk Onn hari ini.

Bernama memetik beliau sebagai menyifatkan keputusan Abdullah merupakan pengorbanan yang cukup besar kerana tindakan melepaskan kepimpinan bukan sesuatu yang mudah.

“Saya kira beliau mengambil kira semua sudut iaitu  mengambil kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi,” kata Muhyiddin mengenai keputusan Abdullah itu.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata beliau akan mengumumkan Jumaat ini sama ada untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti nanti.

Beliau berkata langkah itu adalah susulan daripada keputusan Abdullah hari ini untuk tidak mempertahankan jawatan presiden parti, dan wujudnya kekosongan jawatan timbalan presiden parti dengan Najib dijangka bertanding merebut jawatan presiden.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata akan mengumumkan pendiriannya bertanding jawatan timbalan presiden selepas Abdullah dan Najib menyatakan pendirian masing-masing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: