Khir: Bukan disekat tapi kurang sokongan

MALAYSIAKINI – Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, yang berhasrat bertanding ketua Pemuda Umno, berkata beliau tidak pernah disekat untuk bertemu mana-mana ahli parti sepanjang
berkempen walaupun dua bakal calon lain mendakwa menghadapi masalah itu.

khir toyo 181207Beliau berkata kenyataan ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin kononnya terdapat sekatan bagi mereka untuk bertemu ahli parti adalah andaian semata-mata.

“Mungkin apa yang mereka maksudkan sekatan itu ialah apabila ramai ahli Pemuda tidak hadir pada majlis tertentu.

“Kehadiran mereka sebenarnya mencerminkan sokongan, dan jika tidak hadir, itu terjemahan (juga),” katanya dalam laporan Bernama.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di rumah pemangku Ketua Pemuda Umno Bachok Mohd Zaidi Sidik di Kota Bharu malam tadi.

Mengenai agendanya, Mohamad Khir berkata jika beliau menang, perkara yang akan dilakukan adalah membantu kerajaan menangani kemiskinan tegar sepenuhnya pada 2010.

Selain itu, katanya, beliau  juga akan memastikan Selangor akan kembali ke tangan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: