Perak mungkin ‘rampas’ tapak kem tahanan ISA

MALAYSIAKINI – Kerajaan negeri Perak mungkin mengambil langkah perundangan tidak lama lagi untuk mengambil balik tapak Kem Tahanan (Kemta) di Kamunting yang menempatkan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

nizar jamaluddin 100 days interview 180608 09Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mungkin diminta mengambil balik tanah milik kerajaan negeri itu  yang menempatkan Kemta tersebut dan sekaligus memaksa kerajaan pusat di Putrajaya memindahkannya ke tempat lain.

Ahli Exco kerajaan Perak, A Sivanesan berkata, beliau akan mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat exco supaya kerajaan negeri mengambil balik tapak yang menempatkan Kemta sejak kira-kira 40 tahun lalu.

Ia dijadikan tapak pusat tahanan tersebut sewaktu pentadbiran kerajaan BN, sebelum Akta Pengambilan Tanah dikuatkuasakan.

Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum Mac lalu. Selama ini, ketiga-tiga parti komponen Pakatan – PKR, PAS dan DAP – mengecam ISA yang memboleh seseorang itu ditahan tanpa bicara.

Sivanesan berkata, memandangkan Pakatan mengecam ISA, maka adalah munasabah jika kerajaan negeri mahu Kemta itu dikeluarkan dari negeri tersebut.

“Jika Barisan Nasional mahu menyimpan kem tesebut sebagai harta karunnya, maka pindahkanlah kem tesebut ke kawasan dalam bidang kuasanya di Johor atau Pahang, supaya Kemta jauh dari pandangan kami.

dap pc on puchong school 050506 a sivanesan“Saya pasti semua rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan, terutama pemimpin dan penyokong Pakatan di seluruh negara, pastinya menyokong cadangan tersebut,” katanya.

Menurut Sivanesan, kerajaan negeri  boleh, melalui undang-undang, mengambil balik tapak tersebut dan meruntuhkan Kemta, untuk membina rumah, hospital dan sekolah di situ.

Dengan itu, katanya, kerajaan negeri Perak dan Pakatan boleh membuktikan yang mereka tidak mahu ada kena mengena dengan penguatkuasan undang-undang tersebut.

Baca berita penuh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: