Penduduk ‘sedia robohkan jika terus kontroversi’

MALAYSIAKINI – Jika kontroversi berlarutan berhubung penegakan replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim, penduduk setempat bersedia untuk menurunkannya, kata pengelola projek tersebut R Viriya.

“Saya tidak mahu isu ini menjadi besar. Kalau dikaitkan dengan isu perkauman, saya pun tidak mahu buat.

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008“Saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya kepada orang Melayu dan (lagi pun) Deepavali pun sudah dekat,” katanya kepada Malaysiakini.

Deepavali akan disambut pada 27 Oktober.

Sebelum replika itu didirikan hujung bulan lepas, tambahnya, beliau pernah merujuk kepada rakan-rakannya yang berketurunan Melayu tetapi mereka menjelaskan “tidak salah” membina imej sedemikian.

Viriya berkata beliau tidak mendapat sebarang bantahan daripada penduduk setempat dan hanya mengetahuinya melalui media.

“Tiada teguran (daripada penduduk), hanya (pemimpin) Umno (di media) sahaja yang tegur,” katanya.

Tambahnya, yang juga timbalan pengerusi persatuan penduduk Kampung Indian Settlement di Batu Caves, projek ini asalnya usaha sekumpulan penduduk di situ.

“Projek ini kita buat sendiri, ramai yang menyumbang. (Replika) ini bukan projek persatuan penduduk,” kata Viriya.

1 Komen

  1. Putera Kinabalu said,

    7 Oktober 2008 pada 2:56 pm

    anwar tak kisah tu, kalau dibuat tugu utk dia dalam batu caves pun dia tak kisah. Hal-hal ugam kalu awak tanya PKR melayu…semuanya halal dan boleh, tak kisah punya lah.Hukum kira belakang, anwar suka yang penting.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: