Krisis ekonomi tuntut ubah kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Negara kini sedang menghadapi stagflasi yakni kos sara hidup rakyat yang lebih tinggi dengan kadar inflasi yang memuncak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku sekarang ini menuntut penstrukturan semula kepimpinan negara yang memberi kesan kepada dasar kewangan negara.

“Apa yang berlaku sekarang adalah staglasi yakni turut merangkumi masalah inflasi yang menghimpit rakyat, namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat kini memerlukan penstrukturan semula politik negara,” katanya kepada Harakahdaily.

Untuk itu beliau menyarankan agar Umno-BN agar turun secara terhormat daripada tampuk kepimpinan negara bagi memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara yang semakin parah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi semasa membimbangkan masyarakat antarabangsa.

“Ia sekali gus menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing telah hilang keyakinan kepada Amerika Syarikat dan sebenarnya negara-negara dunia tidak lagi meletakkan kebergantungan kepada Amerika khususnya dalam nilai pertukaran mata wang,” ujarnya.

Malah katanya, urusan jual beli tidak perlu bergantung kepada nilai dolar AS lagi.

Image “Jika tidak, negara kita akan menghadapi kesan buruk dalam konteks industri eksport kita merosot, dolar jatuh.

“Sepatutnya kita kena ubah penggunaan mata wang kita kerana ia menjejaskan industri eksport negara,” katanya lagi.

Tegasnya, keanggotaan AS dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu perlu digugurkan kerana negara itu akan menggunakan kaedah perang untuk menyelamatkan ekonomi mereka.

“AS kini sedang menjual senjata bagi menggalakkan peperangan untuk mencetuskan peperangan.

“Apa yang penting, negara dunia lain khususnya Malaysia perlu memiliki asas fundamental yang kukuh dengan tidak mengamalkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara boros memandangkan kita dijangka menghadapi kesan berat dalam masa beberapa bulan,” ujarnya lagi.

Tambahnya, jika kerajaan meneruskan dasar kewangan yang berkiblatkan AS, negara akan menerima nasib yang sama seperti AS.

Banyak pihak melihat perkembangan ekonomi semasa negara pada masa kini dipengaruhi oleh keadaan politik yang tidak memberangsangkan.

Bagaimanapun, semua pihak termasuk kerajaan Umno-BN terpaksa menerima hakikat bahawa rakyat kini memerlukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara bagi membawa mereka keluar daripada kemelut ekonomi yang masih tiada jalan penyelesaian ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: