Dua `polis’ samun polis

HARIAN METRO – KAJANG: Selama ini mereka sering menyamar anggota polis merompak mangsa, namun perbuatan jahat terbabit akhirnya menjerat diri.

Baru-baru ini, seorang daripada dua penjenayah terbabit ditahan ketika cuba merompak seorang lelaki tanpa mengetahui mangsa anggota polis sebenar.

Ini berlaku berlaku di sebuah kedai serbaneka 24 jam di Pekan Batu 9 di sini, ketika mereka cuba merompak mangsa dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin, mangsa yang ketika itu berada dalam kereta dihampiri suspek.

Kedua-dua perompak itu yang menaiki motosikal kemudian secara tiba-tiba menarik kunci kereta mangsa sebelum mendakwa mereka anggota polis dan memintanya menunjukkan dokumen pengenalan diri.

Mangsa cuba menguji kedua-dua lelaki terbabit lalu meminta kad kuasa polis.

Kedua-dua perompak yang gagal menunjukkan bukti berkenaan menyedari penipuan mereka dapat dihidu sebelum seorang daripadanya mengeluarkan pisau dan mengacukan ke perut mangsa hingga berlaku pergelutan.

Ketika bergelut, mangsa sempat memperkenalkan diri sebagai anggota polis membuatkan rakan lelaki terbabit kecut perut dan terus memecut motosikal yang ditungganginya.

Dalam pergelutan itu, perompak terbabit dapat melarikan diri sebelum dia ditahan orang awam yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Difahamkan, penjenayah terbabit turut dibelasah orang awam yang menahannya kerana berang dengan perbuatan jahatnya itu.

Menurut sumber, dengan penahanan seorang suspek, polis percaya akan dapat menahan rakannya, sekali gus menyelesaikan beberapa kes yang menggunakan taktik penyamaran sebagai anggota polis di sekitar kawasan itu.

“Seorang lagi suspek berusia lingkungan 30-an dan menaiki motosikal jenis Honda ketika melarikan diri,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian terbabit supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-87362222 atau balai polis berhampiran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: