Dewan Tertinggi BN bermesyuarat esok

MALAYSIAKINI – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mengesahkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok.

“Mesyuarat itu akan diadakan pada 3.30 petang esok,” katanya kepada Bernama hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam berkata yang beliau akan mengumumkan hari ini atau esok sama ada beliau akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Walaupun beliau tidak membayangkan apakah keputusannya nanti, Abdullah yang juga pengerusi BN, dijangka mengumumkan yang beliau tidak akan mempertahankan jawatan itu pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Semalam, Abdullah berkata, beliau akan bertemu pemimpin Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat untuk memaklumkan perkara itu.

“Rakan-rakan kita dalam BN sudahpun membuat andaian bahawa mereka lebih suka dimaklumkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat panel aenasihat antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

“Mereka mahu dimaklumkan mengenai apa yang akan berlaku,” tambahnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: