Calon digesa jangan politik isu saham Nanyang

MALAYSIAKINI – Seorang ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Leong Tang Chong menasihatkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu bulan ini supaya tidak mempolitikkan isu berkaitan dengan pembelian saham Nanyang.

“Saya ingin menasihatkan mereka supaya tidak mempolitikkan isu ini untuk mendapat sokongan dalam pemilihan parti kerana ia telah mencemarkan imej parti,” kata beliau yang juga Biro Undang-undang MCA.

Dalam satu kenyataan hari ini, Leong menjelaskan bahawa pembelian saham Nanyang pada 2001 adalah satu keputusan yang dipersetujui oleh Majlis Presiden dan jawatankuasa pusat MCA.

Perkara itu, kata beliau, kemudiannya telah dibentangkan di mesyuarat agung tergempar (EGM) di mana 53 peratus perwakilan telah menyokongnya.

Leong yang menganggotai lembaga pengarah Huaren Holdings, turut terbabit dalam proses pembelian saham Nanyang ketika itu.

Menurutnya, pihak parti telah mengundi cadangan tersebut melalui proses yang demokratik, dan tegasnya, tidak ada perancang di sebalik pembelian Nanyang.

‘Jangan tuduh sesiapa’

Oleh itu, tambahnya, adalah tidak adil untuk menuduh sesiapa pun atau mana-mana pemimpin sekarang di atas apa yang telah berlaku “kerana kepimpinan sekarang terpaksa memikul apa juga tanggungjawab atau beban  ekoran keputusan parti ketika itu”.

“Malah, apabila Datuk Seri Ong Ka Ting menjadi presiden pada Mei 2003, hutang tertunggak ketika itu ialah RM141 juta.

“Ekoran sikap cermat dan pengurusan kewangan yang baik, pihak parti telah berjaya melangsaikan semua hutangnya pada pertengahan tahun 2008,” katanya.

Hari ini, kata Leong, beliau bangga untuk memyatakan  MCA tidak menanggung sebarang hutang dan “ini dicapai hasil kebijaksanaan dan panduan kepimpinan sekarang”.

“Sebaliknya, sejak itu pihak parti telah menambah asetnya, termasuk membeli baki 20 peratus saham Wisma MCA, dan kini memiliki sepenuhnya bangunan tersebut,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: