Asri akui letak jawatan Mufti Perlis “tanda protes kerajaan negeri”

mSTAR – PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

“Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

“Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya,” katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

“Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan,” katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

“Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu,” katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

“Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

“Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar,” katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

“Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

“Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan,” katanya.

1 Komen

  1. 8 Oktober 2008 pada 11:58 am

    […] Dr Asri telah memberikan notis perletakan jawatan sebagai Mufti Perlis. Menurut blognya beliau akan berhenti mulai akhir bulan Oktober 08. Sebab musababya perletakan jawatan itu tidak perlulah diulas, anda boleh membacanya sendiri di drmaza.com. dan sini […]


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: