Timbalan Presiden UMNO: Angin sedang bertiup ke mana?

AGENDA DAILY – Makin hari makin banyak perkembangan menarik timbul diketika semua orang sedang menanti pengumuman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai kedudukan beliau sebagai Presiden UMNO sebelum 191 UMNO Bahagian di seluruh negara mula bersidang selama sebulan hujung minggu ini.

Paling mengejutkan tentulah kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed Ahad menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Soalan yang terus berlegar apakah anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Mohamed Rahmat ini yang berusia 42 tahun ini benar benar serius atau ia sekadar satu kenyataan simbolik untuk gambarkan hasratnya tentang perlunya parti itu meremajakan dirinya selari dengan tuntutan politik semasa.

Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai diketahui umum adalah salah seorang pemimpin muda yang paling vokal bersuara tentang peralihan kuasa perlu disegerakan.

Bunyi kenyataannya memang serius sekalipun sebagai lightweight beliau mungkin berdepan dengan rintangan besar untuk mendapat 38 pencalonan untuk melayakan diri secara rasmi bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Sebagai orang muda Nur Jazlan melihat perlunya perubahan approach UMNO untuk memastikan ia terus relevan.”Kita selalu fikir apa yang kita boleh buat dalam parti dan kita jarang fikir mengenai apakah sikap dan pandangan pengundi atau orang luar yang bukan ahli UMNO.

“Ini jadi punca kesilapan kita kerana setiap tindakan akan akhirnya mengetepikan kepentingan mereka dan menolak mereka.

“Untuk terus relevan, kita perlu memikir pandangan mereka. Inilah perjuangan yang saya nak bawa sebagai simbol perubahan parti,” katanya.

Bapanya sendiri tidak melihat kenyataan anaknya itu sebagai pelik.Menurut Mohamed Rahmat sesiapa saja ahli parti ada hak untuk bertanding apa jua jawatan.

Mungkin secara kebetulan ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Shahrir Abdul Samad pada hari yang sama berkata beliau tidak akan turut serta dalam perlumbaan merebut jawatan tertinggi parti kerana merasa pada usia 59 tahun, beliau sudah agak terlambat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berpendapat UMNO tidak boleh terperangkap dalam keadaan birokrasi yang lahir akibat daripada perbuatan mementingkan senioriti atau hierarki yang akan menghalang usaha meremajakan bakti parti kepada rakyat sehingga menyebabkan hilangnya sokongan khasnya daripada golongan muda.

Menurutnya UMNO memerlukan perubahan yang meremajakannya semula bagi menarik sokongan golongan muda.

Kata Shahrir kepada para wartawan rumah terbuka Aidilfitri beliau di Dewan Raya Kampung Melayu Majidee di Johor Bharu sekiranya mendapat sokongan daripada akar umbi, beliau akan tawar diri untuk jawatan Majlis Tertinggi UMNO yang disandangnya sekarang.

Menurutnya seseorang itu dapat menyumbangkan khidmatnya terhadap parti dan kerajaan tanpa mengira jawatan yang dipegangnya.

Di Kota Bharu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam satu interbiu dengan TV3 menyatakan sokongan terbuka kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Bekas Menteri Besar Perlis itu yang menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden UMNO juga menyatakan kesediaan untuk membantu memastikan kemenangan Zahid yang dianggapnya paling layak dalam membawa perubahan di dalam UMNO.

Zahid dan Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam setakat ini sudah buat pengumuman menawar diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Seorang lagi yang memang sudah pasti akan tawar diri untuk jawatan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyidin Yassin.

Beliau dan Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhamad Taib hanya akan buat pengumuman selepas Perdana Menteri buat pengumumannya pada 9 Oktober.

Soalnya apakah kenyataan yang setakat ini dibuat oleh Nur Jazlan,Shahrir dan Shahidan itu dapat menjadi angin yang boleh mempengaruhi trend pemilihan jawatan Timbalan Presiden UMNO yang boleh memberi advantage kepada Zahid ?.

Calon yang dilihat paling heavyweight untuk jawatan itu buat masa ini tentulah Muhyiddin berbekalkan kedudukannya sebagai Naib Presiden paling senior dan mengetuai sebuah kementerian yang high profile .

Buat masa ini ada kalangan pemerhati politik masih meletakkan rating beliau di depan dalam menghadapi saingan dari Zahid,Ali Rustam dan Muhd Taib.

Namun mereka mengakui dalam keadaan politik yang penuh dengan serba kemungkinan perubahan angin boleh berlaku menjelang pemilihan parti pada bulan Mac tahun depan yang boleh memberi advantage pada mana mana calon.

Banyak faktor dikira akan menjadi perharian para perwakilan kelak.Apa yang dikatakan paling mempengaruhi suasana mestilah siapa yang kelak akan menjadi regu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO ialah lesen untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Apakah Najib akan mengambil pendirian terbuka dalam soal regu?.Pasti ramai yang akan mengintai beliau condong kemana.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi sejak tahun 1987 bila Team A Tun Dr Mahathir Mohamad berentap dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pemilihan itu Allahyarham Tun Ghafar Baba menewaskan Tun Musa Hitam.

Pada tahun 2003 bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menewaskan Ghafar secara technical knockout apabila Allahyarham tidak dapat cukup kuota pencalonan untuk bertanding.

Pada awal tahun 1980han Tengku Razaleigh berentap dengan Musa untuk jawatan itu.

Sejak dulu ia memang dikenali pertarungan golongan senior parti dan kemasukan calon calon muda seperti Zahid dan Nur Jazlan untuk jawatan Timbalan Presiden adalah satu trend baru yang seperti kata Shahrir meletakan UMNO dipersimpangan untuk membuat pilihan yang terbaik untuk parti itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: