PKR enggan turunkan foto besar Anwar

MALAYSIAKINI – Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap “berunsur keberhalaan” dan “perlu dihapuskan dengan segera.”

Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.

Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.

“Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan.

“Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan,” katanya kepada Malaysiakini, mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.

Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.

“Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan,” katanya.

“Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu. Mungkin mufti menganggapnya sebagai patung.

“Saya hormat pandangan beliau, tetapi terdapat juga pandangan- pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak).”

Selain Amiruddin, poster gergasi itu dirasmikan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, timbalan ketua perhubungan PKR Selangor S Manikavasagam dan bendahari PKR William Leong – masing-masing ahli parlimen Subang Jaya, Kapar dan Selayang.

Menurut blog DUN Batu Caves, foto besar itu menelan kos hampir RM5,000 yang diusahakan aktivis parti dan penduduk setempat “yang mahukan semangat Anwar untuk membina ‘Malaysia Baru’ akan terus berkekalan” dan juga simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di situ.

ezam leave pkr pc 280607 amir sariLukisan itu mengambil masa lebih kurang lapan hari disiapkan dan dirasmikan sejam selepas itu pada 5 petang.

Beliau (foto kanan) berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak “tidak timbul” kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.

“Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya,” katanya.

Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai “sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar.”

Kawasan itu yang dulunya kubu kuat MIC sekarang menjadi milik PKR, jelasnya.

Bersebelahan gambar itu turut digantung kain rentang mengucapkan selamat hari raya dengan gambar Anwar, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen kawasan itu Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin sendiri.

Ditanya sama ada tindakannya menaikkan gambar gergasi itu bertujuan mengampu Anwar, beliau menafikannya.

“Kalau benar pun, Anwar tidak akan termakan bodek macam itu,” katanya, sambil ketawa.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa beliau cuba mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihan AMK tahun depan.

Advertisements

2 Komen

  1. al-Kurauwi said,

    7 Oktober 2008 pada 7:55 am

    Saya setuju dengan pandangan Dr. Asri. Cuba tengok Kelantan. Sepanjang PAS memerintah bertahun-tahun tidak ada pula gambar gergasi Tok Guru di Kota Bharu. ‘Semngat’ tidak datang daripada gambar, ia datang dari jiwa.

  2. armadrafar said,

    7 Oktober 2008 pada 8:59 am

    MB selangor pun PKR…
    ckp bnyak pun x gune…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: