Pak Lah serah kuasa…nasib KJ macam mana ?

AGENDA DAILY – Ada analogi politik yang selalu dijaja oleh pencatur politik tidak berlesen yang menyebut, jika Pak Lah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, nasib politik menantunya Khairy Jamaluddin sudah tentu akan ‘kulluhum’ .

Bagi mereka, naiknya Khairy atau lebih popular dengan gelaran KJ dalam politik, bukan kerana sokongan tulen daripada akar umbi tetapi disebabkan beliau naik ‘lif’ sama dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kini analogi yang jadi bahan cerita politik itu semakin hampir untuk diuji kesahihannya. Berdasarkan pemahaman banyak pihak peralihan kuasa kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO akan berlangsung pada Mac 2009. Ini bermakna Pak Lah akan menjadi bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO selepas tarikh tersebut.

Persoalannya sekarang bukan Pak Lah tetapi macam mana dengan nasib politik KJ?

Itulah persoalan yang ditanya kepada KJ pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Rembau itu di Balai Raya Kampong Gadong hari Ahad.

Jawap beliau “selama ini saya berkhidmat selama empat tahun sebagai Naib Ketua Pemuda pun tidak pernah saya berkhidmat sebagai menantu Presiden atau pun Perdana Menteri”.

Sehubungan itu beliau berharap anggota Pergerakan Pemuda UMNO dapat menilai dan membuat pencalonan ke atas dirinya bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia berdasarkan rekod serta kekuatan dirinya sendiri.

Katanya, beliau menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO atas faktor kekuatan dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sebab-sebab lain.

Malah beliau yakin dan percaya, para perwakilan Pemuda UMNO tidak akan terpengaruh dengan soal peralihan kuasa dalam menentukan kepiminan Pemuda UMNO Malaysia.

“Saya akan terus dengan perancangan saya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO kerana daripada awal lagi saya ingin bertanding atas kekuatan diri saya dan berharap apa saja keputusan yang bakal dibuat pucuk pimpinan parti (Presiden dan Timbalan Presiden) itu tidak akan ada pengaruh kepada apa yang menjadi pilihan ‘orang muda’ dalam parti.

“Saya mengadakan program dan pelbagai lagi perkara yang saya buat selama empat tahun ini atas diri saya sendiri dan perkara itu tidak akan berubah sama ada Presiden (adalah) Pak Lah atau pun Datuk Seri Najib. Saya akan terus dengan kerja saya sebagai pemimpin bagi generasi muda dalam UMNO,” katanya.

Menurut Khairy, orang muda perlu memilih generasi mereka dan bukan atas sebab-sebab tertentu seperti pengaruh pucuk pimpinan dan lain-lain.

“Pemuda kena pilih untuk masa depan orang muda dalam parti. Saya yakin keputusan saya ini tidak akan berubah walau apa juga keputusan yang bakal dibuat oleh Presiden,” tambahnya.

Khairy juga berharap, semua calon yang menawarkan diri bagi bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO agar sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang bakal dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia tanpa perlu mewujudkan regu atau gandingan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: