Hasutan: Petra dibawa ke mahkamah PJ

MALAYSIAKINI – Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Raja Petra Kamarudin diseret ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pagi ini bagi menghadapi perbicaraan kes hasutan.

Pengendali blog terkenal Malaysia Today tiba dari kem tahanan Kamunting, Taiping jam 8.30 pagi.

Beliau yang mengenakan baju biru berkolar putih tiba dalam sebuah kenderaan polis.

Beberapa penyokong beliau hadir di mahkamah. Turut kelihatan di kawasan mahkamah beberapa pemimpin pembangkang yang diketuai tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Perbicaraan itu yang dijadual selama seminggu berhubung artikelnya  ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ yang dimuatkan di blognya itu pada 25 April lepas.

Raja Petra, yang juga popular disebut RPK, didakwa 6 Mei lalu.

Beliau mulai menjalani tahanan ISA selama dua tahun di kem itu sejak 22 September.

1 Komen

  1. Ransom said,

    6 Oktober 2008 pada 8:05 pm

    sila layari http://www.kpmu.net


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: