Hanya Seorang Penyokong Hindraf Ucap Selamat Hari Raya Kepada Perdana Menteri

BERNAMA – KUALA LUMPUR — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melahirkan rasa kecewanya terhadap tindakan sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis rumah terbuka Hari Raya di PWTC di sini pada hari raya pertama 1 Okt lepas.

Perdana Menteri berkata mereka dibenarkan masuk ke majlis anjuran beliau bersama anggota kabinet beragama Islam itu atas semangat Hari Raya.

“Hanya seorang yang ucapakan selamat Hari Raya kepada saya. Yang lain sebut hapuskan ISA dan bebaskan pemimpin Hindraf,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata ini menunjukkan penyokong Hindraf tidak mempunyai semangat Hari Raya yang sudah dianggap sebagai satu perayaan nasional.

Abdullah berkata majlis rumah terbuka Hari Raya diadakan setiap tahun dan sebelum ini tidak timbul sebarang masalah atau kekecohan seperti itu.

Ketika ditanya mengenai peranan polis pada hari kekecohan itu berlaku, Abdullah berkata polis telah melarang penyokong Hindraf daripada masuk ke majlis rumah terbuka tersebut. Bagaimanapun, saya yang membenarkan mereka masuk atas semangat Hari Raya,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau berpendapat majlis rumah terbuka adalah untuk semua, jadi tidak boleh ada halangan kepada mana-mana pihak untuk menghadirinya.

“Kenapa harus saya sekat mana-mana kumpulan rakyat Malaysia daripada datang ke rumah terbuka. Rakyat asing pun ramai yang datang,” katanya.

Perdana Menteri berkata setakat ini tidak ada cadangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap penyokong-penyokong Hindraf yang menimbulkan kekecohan itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: