Exco S’gor saman Dr Khir Toyo

MALAYSIAKINI – Anggota exco kerajaan Selangor Ronnie Liu hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kerana mendakwa bekas menteri besar itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.

Beliau memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta, melalui peguamnya Gobind Singh Deo, bagi menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan untuk fitnah, faedah, kos dan sebarang relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Liu tidak meletakkan sebarang jumlah tuntutan, sebaliknya membenarkan mahkamah menentukannya, lapor Bernama.

Beliau mendakwa Dr Mohamad Khir mengeluarkan satu dakwaan palsu berunsurkan fitnah mengenai tindakannya campur tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: