Antara kuda hitam, kambing hitam, biawak hitam dalam Umno

HARAKAHDAILY – Kehangatan dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden Umno membayangkan kemungkinan besarnya, Abdullah akan mengundurkan diri dan pastinya Najib menjadi Presiden juga Perdana Menteri baru.

Umno memerlukan suntikan kepimpinan baru, bukan sekadar dari mereka yang sekarang berada di kerusi naib presiden mahupun majlis tertinggi.

Selain dari segi imej dan corak, Umno memerlukan pemimpin generasi terkini yang bukan sahaja segar tetapi berwibawa, berbakat besar.

Malangnya dengan sktruktur dan budaya yang ada, mereka yang ramai di luar Umno tidak mungkin berminat malah kalau berminat pun, tidak mungkin terpilih dan awal-awal lagi akan dicantas oleh mereka yang tergugat.

Apalagi kalau calon hebat tetapi tidak mempunyai lubang poket yang cukup sebagai dana ‘politik wang’ untuk menang dan naik ke tangga atas kepimpinan.

Sudah ada menawarkan diri untuk bertanding. Ada yang dikatakan sebagai ‘kuda hitam’ yang boleh mengubah senario politik Umno dan negara.

Kita tidak dapat mengelak untuk mengukur peribadi para pemimpin yang mahu menjadi orang kedua dalam Umno walaupun kebanyakan seperti saya, bukan ahli Umno dan tidak menyenangi hampir majoriti kepimpinan Umno yang ada.

Rekod perkhidmatan, kelayakan akademik dan keperibadian sebagai Muslim juga menjadi ukuran dalam memilih pemimpin untuk menerajui negara.

Tetapi dengan latarbelakang agama juga tidak semestinya calun tersebut akan menjadi pemimpin yang tidak rasuah dan menyeleweng, serta zalim kepada rakyat.

Ada pemimpin yang dahulunya Imam atau ustaz atau hafiz, tetapi apabila berkuasa mahupun ada sedikit kuasa turut sama terbabit dengan aktiviti yang diharamkan dalam islam, semata-mata kerana ‘if you cannot beat them, join them’ dan matlamat menghalalkan cara!

Dalam senarai mantan Timbalan Presiden Umno yang gagal menjadi presiden pun, kita dapat melihat ketokohan yang digembar-gemburkan oleh media massa kepunyaan Umno tidak lebih sekadar oportunis.

Malah yang menjadi Presiden dan Perdana Menteri pun tidak semuanya hebat dan berwibawa, terutama Abdullah.

Dulu, kini dan selamanya, untuk naik dalam Umno pun terpaksa memberi sogokan kepada perwakilan yang bakal mengundi. Kalau bertaraf menteri tentunya lebih banyak ruang dan opsyen untuk memberi rasuah.

Ada ketua menteri yang sakan menganugerahkan pingat kebesaran negeri, terutama ‘datuk’ sebagai membalas budi walaupun tiada jasa individu tersebut untuk negerinya, melainkan sebagai tukang kempen dalam pemilihan naib presiden Umno.

Kesimpulannya ketika ini, selagi berada dalam Umno yang tidak boleh atau mahu berubah dan terus akur mengikut tradisi politik wang, kesemua calun yang dikatakan kuda hitam boleh menjadi kambing hitam sebagai mangsa percaturan untuk kem tertentu.

Manakala berdasarkan perjuangan Umno ketika ini yang semakin mengutamakan survival pemimpin dan golongan elit, sesiapa yang menang pun boleh menjadi seekor biawak hidup hitam buat agama, bangsa dan negara.

Kesimpulannya, orang Melayu dan Islam sukar untuk melihat Umno kembali ke jalan asal dan memerlukan payung baru yang belum rosak hati dan cacat anggotanya.

Fudzail
1426.blogspot.com_

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: