Abdullah umum ‘esok atau lusa’ BERTANDING @ TIDAK JAWATAN PRESIDEN

MALAYSIAKINI – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membuat pengumuman dalam tempoh 48 jam sama ada akan bertanding atau tidak sebagai presiden Umno.

“Saya akan tentukan esok atau Rabu,” katanya hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Bioteknologi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Keputusan yang dinanti-nantikan itu mula dimaklumkan selepas satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno penghujung bulan lepas.

Banyak pihak menjangkakan perdana menteri tidak akan mempertahankan jawatan nombor satu Umno apabila beberapa pemimpin, termasuk seorang ahli MT dan ketua bahagian, mencalonkan diri untuk jawatan timbalan presiden baru-baru ini.

MT juga menangguhkan mesyuarat agung dan pemilihan Umno, yang asalnya dijadualkan Disember ini, ke Mac tahun depan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: