14 tokoh tersohor M’sia-Indonesia bertemu

MALAYSIAKINI – Empat belas tokoh terkemuka dan dihormati dari Malaysia dan Indonesia akan berhimpun di Kuala Lumpur lusa bagi mesyuarat kedua Kumpulan Tokoh-tokoh Terkemuka (EPG).

Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata mesyuarat itu akan menyambung perbincangan mengenai pelbagai program dan aktiviti dua hala dan menentukan hala tuju dalam usaha memperkukuhkan lagi hubungan dua negara tersebut.

“Mesyuarat dua hari itu susulan kepada yang pertama yang diadakan di Jakarta pada Ogos tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, lapor Bernama, mesyuarat EPG Malaysia-Indonesia telah diberikan mandat oleh pemimpin kedua-dua negara untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

Rais berkata mekanisme EPG juga menjadi bukti komitmen kedua-dua negara dalam memastikan hubungan yang harmoni di masa depan.

“Pada masa yang sama  mesyuarat ini juga dijangka akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala strategik yang sedia terjalin,” katanya.

Katanya pengerusi EPG-Malaysia Tun Musa Hitam akan mengendalikan mesyuarat itu, manakala pengerusi EPG-Indonesia Gen (B) Tan Sri Try Sutrisno akan mengetuai delegasi republik itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: