Utama kebersihan cegah penyakit pada alat sulit

BERITA HARIAN :

SOALAN:

SEBAGAI seorang wanita, saya ingin tahu betulkah punca penyakit dalaman di kalangan wanita terutama pada bahagian sulit dikatakan akibat daripada pengabaian aspek kebersihan dan faktor pemakanan. Sejauh mana kebenaran dakwaan itu?

Puan Nurul.

JAWAPAN:

BAHAGIAN sulit wanita adalah satu organ yang memang peka pada perubahan dalaman dan luaran. Perubahan jenis pakaian atau mandian yang mengandungi wangian ada kalanya boleh menyebabkan kulit kemaluan mengalami masalah radang.

Persekitaran dan faktor kebersihan memang banyak peranannya terhadap sumbangan penyakit pada alat sulit wanita. Satu daripada penyumbang penyakit dalaman atau dikenali sebagai Pelvic inflammatory disease (PID) adalah akibat penyakit kelamin. Antara penyakit kelamin dikenal pasti seperti gonorrhoea, siplis, herpes dan HPV.

Punca kebanyakan penyakit kelamin kerana hubungan seksual rambang dengan pelbagai pasangan, tidak menggunakan kondom serta banyak kaitan dengan budaya yang tidak mempraktikkan kebersihan alat sulit dan membabitkan diri dengan hubungan seksual sebelum kahwin.

Ramai wanita yang mengalami masalah PID adalah yang mengalami masalah penyakit pangkal rahim yang berulang.

Satu kajian yang dilakukan di kalangan wanita di India mendapati amalan kebersihan bahagian sulit (mandi, mencuci alat sulit) dikaitkan dengan jangkitan sistem reproduktif kadar yang rendah. Satu kajian di China pula mendapati penggunaan air yang tidak bersih serta perkongsian peralatan mandian dikaitkan dengan bakteria vaginosis.

Banyak kajian menunjukkan bahawa wanita yang kurang menjaga kebersihan lebih cenderung mendapat penyakit sistem reproduktif berbanding dengan hubungan seksual dan kekurangan penggunaan kondom.

Haid yang dialami setiap bulan adalah antara faktor mengapa wanita mesti menjaga kebersihan diri. Penukaran tuala wanita sekerap mungkin boleh menghindar daripada masalah bacterial vaginosis. Wanita yang menggunakan lapik kain ketika haid pula, didapati berhadapan dengan masalah alat sulit dalam peratusan yang tinggi.

Cara pembersihan alat sulit juga mengambil kira kerana alat sulit wanita berhampiran dengan dubur. Bakteria dari belakang boleh masuk ke alat kelamin atau pundi kencing dan ini boleh menyebabkan masalah jangkitan pundi kencing dan bacterial vaginosis.

Dari aspek pemakanan pula, kebiasaan diet yang tinggi lemak dikaitkan dengan masalah barah ovari. Selain itu, berat badan yang berlebihan dikaitkan dengan masalah barah rahim.

Jawapan disediakan oleh:

DR FAIRUZ A’SHIKIN ABD KADIR

Pakar Perbidanan, Sakit Puan dan Fetomaternal

Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: