Suara watak jahat Darth Vader dihargai

KOSMO! – LOS ANGELES – Pelakon veteran James Earl Jones yang kini berusia 77 tahun bakal menerima penghargaan menerusi anugerah pencapaian seumur hidup atas karier seni lakonannya.

Aktor yang terkenal menerusi suara watak jahat Darth Vader siri filem Star Wars itu mendapat anugerah khas tersebut pada majlis tahunan Persatuan Skrin Aktor ke-14 di sini Januari ini.

Presidennya, Alan Rosenberg berkata, ia merupakan satu penghormatan untuk memberi anugerah tertinggi itu kepada pelakon yang dianggap luar biasa sepanjang kerjayanya.

Jones yang juga memberi suaranya sebagai Mufasa dalam filem The Lion King terbitan Disney dipercayai mengalami masalah gagap teruk ketika zaman kecilnya. – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: