Mahathir “Merosak dan Menjahanamkan” Ekonomi Negara ?

MALAYSIAKINI – Seorang jurujual mendakwa, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – dulu dan sekarang – telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah ekonomi.

Wee Fwen Szuh, 32, dari Gombak, Selangor membuat dakwaan tersebut dalam laporan polis yang dibuatnya di ibupejabat polis daerah Gombak pada jam 11.12 pagi semalam.

mahathir mohamad 180108Dalam laporan tersebut, Wee yang mewakili sekumpulan rakyat prihatin, mahu polis menyiasat Dr Mahathir kerana “merosak dan menjahanamkan” ekonomi.

Wee mendakwa, Dr Mahathir berbuat demikian dengan meluluskan tindakan menyelamatkan Perwaja Steel sebanyak RM13 bilion, menyelamatkan sebuah konsortium perkapalan milik sanak saudaranya dan menyelamatkan Syarikat Penerbangan Malaysia.

Wee juga menuduh Dr Mahathir memperkayakan anak lelaki keduanya, Mokhzani. Dalam laporan polis itu, Wee mendakwa Mokhzani adalah salah seorang daripada 10 individu terkaya di Malaysia.

Katanya, Dr Mahathir telah membuat kenyataan yang tidak berasas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga mengakibatkan ekonomi terjejas.

Menurut Wee lagi, isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir adalah isu pembabitan Abdullah dalam skandal ‘minyak untuk makanan’ dan berkempen menentang Umno dan Barisan Nasional.

Dr Mahahtir, kata Wee, telah membuat kenyataan supaya rakyat menolak Umno dan BN walaupun beliau berkempen untuk anak lelakinya, Mukhriz.

Tindakan Dr Mahathir, dakwa Wee, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan rakyat.

Malaysiakini memperolehi salinan laporan polis Wee tetapi usaha untuk menghubungi Wee untuk mendapatkan penjelasannya tidak berhasil. Berita asal

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: