MB: PKR diminta calonkan pengganti Zul di MDPT

mSTAR – PETALING JAYA: Kerajaan Perak akan melantik Ahli Majlis Perak Tengah yang baru secepat mungkin bagi menggantikan bekas penyandang jawatan itu, Zul Hassan yang diarahkan meletakkan jawatan Jumaat lalu kerana mengaku menerima habuan seks.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kekosongan itu juga akan diisi oleh wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kita menyerahkan kepada PKR untuk menentukan calon tersebut kerana kita mahu mengenal pasti juga calon tersebut tiada masalah,” katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Mohammad Nizar berkata, surat arahan supaya Zul meletakkan jawatan telah dikeluarkan Jumaat lalu dan Zul sepatutnya telah pun meletakkan jawatan.

“Beliau tetap kena berhenti juga sebab kita sudah keluarkan arahan. Kalau beliau menulis surat pun, beliau tetap kena berhenti,” katanya.

Berhubung tindakan yang akan diambil terhadap dua Exco negeri yang turut terlibat dalam skandal tersebut, Mohammad Nizar berkata, pihaknya akan menunggu sebutan kes mereka di mahkamah sebelum sebarang keputusan dibuat.

Mohammad Nizar juga meminta Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) menyiasat laporan yang dibuat oleh Zul terhadap Mohamad Imran Abdullah yang dikatakan telah memerangkapnya dengan menawarkan wanita warga China sebagai habuan seks.

“Kita minta BPR dan Jaip siasat laporan itu kerana dalam hal ini, bukan yang menerima sahaja harus dihukum, yang menawarkan juga perlu dikenakan hukuman,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: