Jutawan seks mahu jadi gabenor

BERITA HARIAN – BANGKOK: Seorang hartawan yang pernah mengusahakan industri seks di Thailand berhasrat untuk turut serta bertanding bagi merebut jawatan Gabenor Bangkok pada pilihan raya lusa.

Chuwit Kamolvisit, 47, berkata beliau berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya itu untuk memulihkan keadaan kucar-kacir di bandar berkenaan dan menjelaskan bahawa hanya mereka yang pernah terbabit dalam jenayah mampu menangani jenayah di bandar itu.

“Siapa yang lebih layak untuk menghapuskan rasuah jika tidak bekas ‘Raja Gelap’ yang menjadi kaya hanya dengan memberi rasuah. Saya menceritakan apa yang benar, jika anda mendengar kebenaran, anda dengar daripada saya,” katanya.

Sebelum Chuwit menjadi penentang rasuah, dia pernah mengupah kira-kira 1,300 wanita di beberapa rumah pelacurannya yang berselindung di sebalik rumah urut, Victoria’s Secret, Emmanuelle dan Honolulu.

Dia mendakwa memperoleh satu juta baht (RM101,342) satu malam dalam perniagaan pusat urut itu dan turut memberi rasuah bagi membolehkan perniagaannya dijalankan.

Bagaimanapun, pada 2004, beliau mendedahkan skandal rasuah dalam pasukan polis dan menyenaraikan rasuah yang pernah diberikannya kepada pegawai kanan polis antaranya, jam Rolex, perkhidmatan seks dan wang dalam plastik sampah.

Katanya, dia mendedahkan skandal itu hanya disebabkan polis gagal melindunginya dari undang-undang walaupun dia sudah memberi rasuah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: