Gerakan Islam tidak wajar mengkhianati perjanjian

HARAKAHDAILY – “Pada hari Kami (Allah) bangkitkan pada setiap ummah seorang saksi ke atas mereka dari kalangan mereka sendiri, dan Kami (Allah) datangkan engkau (ya Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka ini, Kami turunkan ke atas engkau al-Kitab (al-Quran) bagi menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah dan Rahmat serta khabar gembira bagi muslimin.

“Sesungguhnya Allah memerentah agar dilaksanakan keadilan serta melakukan kebajikan (ehsan), membantu kaum-karabat , dan menegah daripada kefasadan, kemungkaran dan kezaliman. Dia (Allah) mengajar kamu semoga kamu mendapat peringatan.

“Sempurnakanlah janji Allah, bila kamu berjanji dan jangan kamu merosakkan sumpah sesudah kamu memperkukuhkannya, padahal kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin (bagi sumpah tersebut), sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.”

“Dan janganlah kamu menjadi seumpama perempuan yang menguraikan tenunan selepas dia selesai memintalnya dengan kukuh, dan kamu menjadikan sumpah kamu sebagai tipu daya (untuk mencabuli perjanjian yang telah dimeterai) di antara kamu, sebabkan adanya kumpulan lain yang lebih ramai daripada kumpulan itu, sesungguhnya Allah hanya mahu menguji kamu dengan yang demikian itu dan Dia sudah tentu akan menerangkan kepada kamu, pada hari Qiyamat, apa yang kamu berselisih padanya.” Surah an-Nahl, ayat 89-91

Dalam ayat 89, Allah menjelaskan peranan kita, pendukung Islam, kita berperanan sebagai syahid (saksi) yang menjadi bench-mark yang menjadi rujukan pedoman kepada manusia sezaman dan setempat dengan kita, dan bench-mark yang menjadi pedoman rujukan kita pula adalah Rasulullah s.a.w sendiri.

Kita seakan-akan berperanan sebagai rumah-api (light-house) yang menjadi pedoman rujukan bagi mereka yang mungkin tersasar sesat dalam pelayaran di lautan luas , pada malam yang gelap. Secara prinsipnya kita mesti teguh di atas tapak nilai-nilai baik yang tidak berubah, walaupun gelora perubahan di lautan luas semakin menganas, kita tetap teguh sehingga kerana itulah kita mampu menjadi pedoman rujukan kepada mereka yang dikendung perubahan demi perubahan.

Allah juga memperingatkan tentang peranan al-Quran dalam kehidupan kita, kita akan mendapati pertunjuk daripada al-Quran dalam semua perkara, permasalahan dan keadaan. Walaupun ayat al-Quran yang sama, ia akan membawa pancaran intuisi yang sesuai dengan keadaan yang berbeza yang kita sedang hadapi.

Al-Quran memberi kita hidayah dengan suruh dan larang di dalamnya, dengan pengkisahan dan tamsilannya, dengan tafakkur dan limpahan pemahaman terhadap ayat-ayatnya.

Al-Quran membawa berita gembira tentang kemanisan hubungan kita dengan Allah, membawa berita gembira dengan balasan yang berlipat-ganda di atas iman dan amal kebajikan, berita gembira dengan kemenangan kita secara peribadi dan kelompok sekiranya kita bergantung kepada-Nya, berita gembira dengan sentuhan yang memujuk jira daripada jiwa ayat-ayatnya.

Al-Quran yang menjadi rujukan teratas kepada kita dalam semua segi, sebagai firman Allah pada ayat 10 surah as-Shura:

Dan apa juga perkara yang kamu semua berselisih tentangnya, maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah, demikianlah (kekuasaan) Allah, Tuhanku, kepada-Nya aku berserah, dan kepada-Nya lah aku merujuk kembali.

Dalam ayat 90, Allah menjelaskan konsep kebajikan yang perlu kita hayati dan jayakan di dalam kehidupan kita.

Kita perlu menegakkan keadilan, menghayati sifat ehsan dalam semua perkara, membantu kaum-kerabat.

Kita juga perlu berusaha mencegah kefasadan, kemungkaran dan kezaliman dalam semua aspek pada setiap peringkat.

Semua tugasan ini perlu dilaksanakan oleh setiap individu muslim secara perseorangan, dan diusahakan di peringkat yang lebih luas secara berkelompok.

Inilah peranan yang menjadikan ummah pedoman rujukan kepada manusia lain. Kita patut berdiri tinggi dalam menjayakan tugasan-tugasan ini sehingga mampu dijadikan contoh-tauladan kepada manusia yang lain.

Amalan kita sepatutnya lebih lantang dan jelas daripada perkatan-perkataan yang kita tuturkan sebagai polemik semata-mata.

Firman Allah, maksudnya;

Oleh kerana yang demikian, serulah mereka (kepada keimanan), beristiqamah kamu (dalam melaksanakan tanggung-jawab agama) sebagaimana yang kamu telah diperentahkan, dan jangan kamu mengikut kehendak hawa-nafsu mereka, Dan katakanlah : “aku beriman dengan segala kitab apa yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintah supaya bertindak adil di antara kamu, Allah adalah Tuhan kami, dan Tuhan kamu. Bagi kami amalan kami, dan bagi kamu amalan kamu, tida pertengkaran antara kami dan kamu. Allah akan menghimpunkan antara kita bersama (selepas kematian untuk diadili) dan kepada-Nya lah tempat kembali.”

(Surah as-Shura. ayat 15).

Konsep dan amalan kebajikan pada tahap perseorangan dan masyarakat sangat-sangat ditekankan.

Di waktu yang sama, kefasadan, kemungkaran dan penzaliman dalam semua rupanya hendaklah ditegah.

Sekiranya dibentuk kerajaan, maka pemerentahan Islam jugalah akan berperanan sebagai Kerajaan Yang Berkebajikan., kerajaan yang menyubur perkara makruf serta mencegah kemungkaran. Allah memperingatkan kita agar kita tidak tergelincir daripada landasan dan tujuan ini.

Dalam ayat 91, Allah menjelaskan kepada kita peri mustahaknya kita berpegang kepada sumpah dan perjanjian yang telah kita capai kesepakatannya. “Perjanjian Allah� ditafsir oleh ulama sebagai sumpah yang dibuat menggunakan nama Allah, nazar dan perjanjian sesama manusia yang seiring dengan kehendak syarak, Kita hendaknya sentiasa sedar yang Allah amat mengetahui segala semua gerak zahir dan gerak hati kita,

Dalam ayat 92, ulama tafsir mengatakan perbuatan perempuan itu adalah perbuatan yang bodoh, dan itulah perumpamaan orang yang ingin merubah sumpah-perjanjian dengan satu pihak kerana pertimbangan berdasarkan ‘tawaran’ dari pihak yang lain yang mempunyai keanggotaan yang lebih ramai.

Mungkin akan terdapat perselisihan dalam strategi di antara kita tentang kewajaran membatalkan sumpah-perjanjian itu, antara sokongan dan bangkangan, sehingga Allah menyebut yang Dia akan menerangkan perkara yang sebenarnya di Hari Akhirat kelak tentang apa yang diperselisihkan.

Tetapi tindakan membatalkan sumpah-perjanjian kerana terpesona dengan kelebihan angka anggota dan kelebihan kebendaan telah ditempelak oleh Allah, bilangan anggota dan kelebihan kebendaan lain itu adalah sebenarnya ujian kepada kita semada kita akan berjaya berpegang kepada sumpah-perjanjian yang telah kita ungkapkan atau kita akan kecundang kerana godaan-godaan kelebihan kebendaan.

Lihat bagaimana Allah dengan jelas mengajar supaya kita menjujung perjanjian dan kesefahaman yang telah dicapai, kita tidak akan mengkhianati perjanjian dan persefahaman,. Lihatlah firman Allah, maksudnya;

“Orang-orang yang beriman tetapi tidak berhijrah (ke Madinah), tiadalah kamu (Ya Muhammad) bertanggung-jawab mentadbir mereka sedikitpun, sehinggalah mereka berhijrah. Jika mereka (orang Islam yang belum berhijrah itu) memohon bantuan kamu dalam urusan agama, maka kewajiban kamu menolong mereka, kecuali terhadap kumpulan yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka7, Allah Maha Melihat apa-apa yang kau kerjakan�

(Surah al-Anfal, ayat 72).

Serangan terhadap pihak bukan Islam yang telah mempunyai perjanjian dengan pihak Islam dilarang walaupun orang-orang Islam di bawah penguasaan mereka itu telah meminta bantuan.

Pihak Islam hendaklah berusaha untuk mengislahkan keadaan dan hubungan di antara pihak penguasa bukan Islam dan orang-orang Islam di bawah penguasaan mereka.

Lihat bagaimana menariknya ulama tafsir memahami kepentingan pengajaran dalam ayat ini.

Lihatlah bagaimana Islam mengajar kita agar berpegang teguh kepada perjanjian selepas kita meterai perjanjian. Bagaimana mungkin pihak Islam mendahului pihak lain dalam mengkhianati kemuafakatan dan perjanjian.

Pihak Islam akan mengabaikan butir-butir sebarang perjanjian dan kesepakatan hanyalah selepas lain telah terlebih dahulu melanggar butir-butir perjanjian itu, sebagaimana perjanjian-perjanjian yang telah dibuat oleh Rasulullah dengan pihak Quraisy dan pengikut yahudi.

Lihatlah pimpinan Islam yang begitu ‘principle-centered’, yang tidak akan mengabaikan prinsip kesepakatan kerana dorongan perolehan duniawi.

Allah memperingatkan kita tentang peristiwa Nabi Musa dan Nabi Harun, baginda berdua telah berdoa agar diruntuhkan pemerentahan kerajaan Firaun yang zalim.

Allah telah telah menurunkan wahyu yang doa mereka dimakbulkan, walaupun ulama tafsir mengatakan jarak masa baginda berdua berdoa dengan kehancuran kerajaan Firaun itu adalah 40 tahun.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya telah diperkenankan doa kamu berdua, maka beristiqamahlah dan jangan dituruti jalan orang-orang yang tidak berilmu.”

(Surah Yunus ayat 89).

Setelah Allah memperkenankan doa baginda berdua dan sebelum keruntuhan kerajaan Firaaun berlaku secara fizikalnya, Allah memperingatkan kedua Nabi ini supaya menghayati dua perkara asas yang sangat penting, iaitu;

1. Istiqamah dalam penghayatan agama dan kerja-kerja dakwah.

2. Jangan dituruti jalan pemikiran, jalan tindakan, jalan kemunasabahan yang didatangkan oleh orang-orang yang tidak berilmu.

Sekurang-kurang syarat ilmu itu ialah mengetahui yang kehidupan akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia, perkiraan syarak lebih utama daripada jangkaan keuntungan dunia dan mempunyai keyakinan yang Allah lah yang akan menentukan segala sesuatu serta keredaan-Nya yang dicari.

Allah juga memperingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Taat (patuh kepada perentah Allah dan Rasul)9 dan perkataan yang makruf (lebih baik bagi mereka). Apabila telah tetap sesuatu urusan, maka jika mereka membenarkan (suruhan) Allah, itu adalah lebih baik bagi mereka.

Apakah kiranya jika kamu menjadi pihak berkuasa, kamu akan berbuat bencana di muka bumi dan kamu akan memutuskan silaturrahim?

(Surah Muhammad, ayat 21-22)

Sepatutnya penguasaan di muka bumi oleh pihak yang mempunyai kesedaran Islam bertujuan, sebagai firman Allah yang bermaksud;

“Orang-orang yang jika Kami (Allah) memberi keteguhan di muka bumi12, mereka mendirikan sembahyang, membayar zakat serta menyuruh yang makruf dan melarang yang mungkar. Dan kepada Allah terserah akibat semua pekerjaan.”

(Surah al-Haj, ayat 41).

Allah telah memperingatkan kita dengan kisah Nabi Yusuf yang ketika dilantik menjadi penguasa di Masir, baginda telah berdoa. Doa inilah sepatutnya dibaca oleh setiap muslim yang diangkat menjadi penguasa, sebagaimana lafaz yang disebut Allah dalam firman-Nya yang bermaksud;

“Wahai Tuhan, Sesungguh Tuan Hamba telah menganugerahi kekuasaan kepada hamba dan telah mengajar hamba ilmu mentakwil al-hadis. Tuan Hambalah yang menjadikan langit serta bumi, Tuan Hambalah Penguasa ke atas hamba di dunia dan di akhirat, wafatkan hamba sebagai seorang muslim dan masukkan hamba bersama golongan solihin”.

(Surah Yusuf, ayat 101).

Semoga kita mampu menjadi �syuhada� kepada manusia lain kerana keteguhan iman, keikhlasan niat dan kesungguhan penghayatan terhadap agama Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: