‘Mentaliti suka haramkan’ punca PAS T’ganu tewas

MALAYSIAKINI – Pendekatan keras dan tiada senarai keutamaan menyebabkan PAS Terengganu tewas di tangan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu, kata Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Abdul Samad.

“Kami di Selangor yang jauh lebih lemah daripada mereka, tetapi kami berjaya. Lalu apa yang perlu difikirkan ialah mungkin ada strategi dan kaedah mereka yang perlu diperbaiki.

“Kerana tidak ada sebab mereka harus kalah, sedangkan negeri-negeri lain yang yang lebih sukar, kita boleh menang,” katanya dalam satu temubual.

PAS negeri itu di bawah pimpinan pesuruhjayanya Datuk Mustafa Ali dikatakan mempunyai “mentaliti mengharamkan apabila berkuasa” daripada “menyediakan suasana maa’ruf”.

djz english teaching conference 080707 khalid samadAntara yang menjadi sasarannya, tambah Khalid, persembahan konsert, minuman keras, judi dan cara berpakaian.

“Kita cuba perhatikan, dengan majoriti Melayu muslim yang ramai, PAS Terengganu masih tidak dapat menang dalam pilihanraya umum ke-12, Mac lalu.

“Jadi, kita perlu lihat kembalilah mengenai kaedah kita, daya penarik kita dan sebagainya. Ini kerana, kita tidak boleh terlalu keras, kerana akhirnya orang tidak akan beri kita sokongan. Jadi, apa maknanya?

“Dari sini, saya rasa mereka mungkin tidak memahami dan masih tidak mahu cuba untuk memikirkan uslub dakwah yang lebih berkesan,” kata Khalid.

Bercakap kepada Ummahonline.com minggu lalu, beliau turut mengkritik kenyataan Mustafa yang bernada tidak yakin dengan projek peralihan kuasa yang diusahakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 September lalu.

Tindakan itu, menurut Khalid, “cukup merugikan kerjasama politik dan setiakawan” dengan dua parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Mengulas kontroversi kenyataan Mustafa dalam Utusan Malaysia dan Harakah – masing-masing 11 dan 12 September lalu, Khalid berkata:

“Sama ada bermoral ataupun diktator (tindakan Mustafa), saya tidak mahu cakaplah. Tapi, memang tidak patutlah dia buat begitu.

“Dia sepatutnya menyedari bahawa Harakah sepatutnya digunakan untuk pandangan rasmi, ataupun untuk mana-mana pandangan-pandangan yang selari dengan pandangan yang rasmi.”

Beliau turut mengakui, “sedikit sebanyak ada kebenaran” bahawa presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipengaruhi Mustafa dalam merumuskan keputusan parti.

“Saya rasa sedikit sebanyak mesti ada kebenaran. Saya tahu bahawa Ustaz Hadi menghormati Cikgu Pa dari segi bacaan politiknya,” katanya.

Rundingan sulit PAS-Umno, yang mendapat sokongan kuat Abdul Hadi, dikatakan didorong oleh analisis Mustafa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: