Dakwaan Teresa mengenai makanan adalah angkuh

BERITA HARIAN- SUNGAI BESAR: Dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bahawa makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai ‘lebih baik sedikit daripada makanan anjing’ berunsur angkuh dan menghina, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang ahli politik seperti Teresa yang dibimbangi boleh menyentuh sensitiviti orang lain yang kurang berkemampuan terutama orang miskin.

“Kita harap ahli politik tak boleh angkuh sebab sekiranya kita angkuh kita boleh sentuh sensitiviti orang lain kerana ada orang lain yang miskin makanannya lebih teruk lagi.

“Bila kita dah dapat makanan yang baik dan ikut prosedur, itu sudah kira baik berbanding sesetengah orang yang hanya makan nasi dengan garam sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 71 penduduk kampung di Sungai Panjang di sini, yang rumah mereka rosak teruk akibat dilanda ribut semalam.

Teresa pada 19 September lalu, selepas dibebaskan daripada tahanan ISA berkata beliau dihidangkan dengan makanan bermutu rendah, yang lebih baik sedikit daripada makanan anjing sepanjang ditahan.

Teresa yang juga ahli Exco kerajaan Selangor mendakwa bahawa beliau hanya diberi makan dua biji telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari iaitu bagi makan tengah hari dan makan malam.

Muhammad berkata mana-mana pihak yang ditahan ISA akan melalui layanan yang sama tidak kira sama ada mereka pemimpin dari Barisan Nasional atau parti pembangkang seperti DAP, Pas dan Pasti Keadilan Rakyat (PKR).

“Kalau ditahan ada standard prosedur dan siapa yang masuk dalam tahanan ISA dia akan lalui layanan yang sama, tiada layanan VIP.

“Kalau itu yang lazim dilakukan (menu makanan yang dihidangkan) anda tidak boleh komplen. Kita boleh tanya orang yang telah ditahan dahulu dan orang Umno juga pernah ditahan dahulu, Saya pasti prosedurnya sama, tiada beza,” katanya. – Bernama

Advertisements

1 Komen

  1. Teh said,

    25 September 2008 pada 1:43 am

    Tan Sri Muhammad Muhd Taib itu siapa dalam isu ini? Seorang ahli pplitik yang pernah melanggar undang-undang sebelum kembali ke arena politik banyak bercakap pula. Betul ke sesiapa yang ditahan ISA akan diberi layanan yang sama? Ptui!!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: