Kes RM60 juta: MB Pahang wajar letak jawatan

HAARAKAHDAILY – KUANTAN – Dewan Pemuda PAS Pahang menyifatkan keangkuhan Menteri Besar menjadi punca kerajaan negeri terpaksa membayar berganda (RM60 juta) kepada Syarikat Pembalakan Seruan Gemiliang Makmur (SGM) atas arahan mahkamah dan wajar bertanggungjawab dengan meletakkan jawatan.

Ketuanya Suhaimi Md Saad berkata,sikap ‘bodoh sombong’ pemimpin berkenaan yang enggan berunding serta memperlekehkan SGM akhirnya membawa padah kepada kerajaan dan rakyat.

ImageDifahamkan SGM tidak berkeras untuk menyelesaikan masalahnya dengan kerajaan negeri malah syarikat itu telah beberapa kali memohon untuk mengadakan perbincangan tetapi tidak mendapat layanan, membawa kes ke mahkamah adalah tindakan terakhir yang diambil syarikat itu setelah semua usaha untuk mengadakan rundingan gagal.

Kerajaan negeri, pada awal kes berkenaan dibicarakan di mahkamah langsung tidak menghantar peguamnya sehinggalah kerajaan negeri terdesak.

Suhaimi berkata, tindak tanduk Menteri Besar dalam mengendalikan kes berkenaan jelas sekali tidak bijak dan angkuh yang akhirnya membawa padah kepada kerajaan negeri.

“Mungkin pemimpin berkenaan menyangka tiada apa yang boleh dilakukan terhadapnya kerajaan yang berkuasa, sedangkan tindakanya jelas merugikan rakyat,” katanya.

Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan kerajaan negeri Pahang dan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri (defenden) untuk membenarkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang mengarahkan defenden membayar RM37 juta kepada SGM.

SGM memfailkan saman terhadap defenden bersabit satu kawasan pembalakan di atas tanah milik Umno, di mukim Bebar, Pekan.

Suhaimi berkata, sepatutnya pemimpin berkenaan segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar kerana bertanggungjawab di atas kes berkaitan.

“Melihat kepada cara pemimpin berkenaan mengendalikan isu saman SGM jelas beliau tidak mempunyai kelayakan sewajarnya untuk terus memimpin negeri Pahang.

“Semua pihak di dalam Umno wajar mendesak supaya menteri besar berkenaan diganti segera demi memulihkan imej kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SGM, Syed Ali Badruddin Othman berkata, pihaknya sedang mengkaji untuk mengemukakan saman kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri kerana gagal menjelaskan bayaran sebagaimana telah diputuskan oleh Mahkamah.

Katanya, sehingga kini pihaknya tidak menerima apa-apa ‘respon’ daripada kerajaan negeri sama ada dalam bentuk bayaran atau memanggilnya untuk berunding mengenai cara-cara pembayaran.

Difaham tempoh kerajaan negeri menyelesaikan pembayaran kepada SGM telah luput pada 6 April lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: