Sikap DBKL halang bantu warga miskin dikesali

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Ghazali mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonannya untuk mendapat senarai nama penerima bantuan bagi beliau menyalurkan bantuan kepada mereka.

Katanya, pada 18 September lalu, Pegawainya Shahir Abu Hassan mengemukakan surat permohonan kepada DBKL.

Namun dakwanya, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr Ismail Stapa menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh diedarkan kepada pihak luar.

Katanya, beliau kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

Katanya, beliau hanya mahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana ingin turun memberikan bantuan. Bahkan bukannya meminta dari DBKL untuk memberi sumbangan.

Dengan itu katanya, beliau dan ahli-ahli PAS mengutip sumbangan orang ramai untuk diserahkan kepada mereka yang layak.

“Pada masa ini saya terpaksa meminta bantuan kakitangan saya bersama ahli-ahli PAS Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik.

“Saya turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid serta surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan,” katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun dakwanya, DBKL membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu.

Sebelum ini katanya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Dato’ Bandar memberikan jaminan untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

“Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing,” dakwanya.

Katanya, setakat ini, kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada Kawasan Parlimen Setiawangsa.

“Rakyat kecewa kerana Ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai yang banyak kepada DBKL setiap tahun,” kata Lo’ Lo’ lagi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: