Karpal fail saman fitnah RM10 juta

HARIAN METRO – KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, semalam, memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan Melayu (M) Berhad berhubung penyiaran satu artikel berkaitan ulasan beliau mengenai agama Islam di akhbar Utusan Malaysia, 25 Ogos lalu.

Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, memfailkan writ saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Kompleks Mahkamah Jalan Duta melalui Tetuan Karpal Singh & Company.

Dalam penyataan tuntutannya, Karpal mendakwa defendan sebagai pemilik, penerbit, pencetak dan pengedar akhbar Utusan Malaysia, menyiarkan artikel bertajuk ‘DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu’.

Menurut Karpal, kata-kata yang disiarkan adalah palsu dan berniat jahat kerana beliau tidak berbuat demikian ketika memberi ucapan pembukaan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 di Hotel Crown Princess, pada 24 Ogos lalu.

Penyiaran kata-kata itu didakwa bukan saja menjejaskan nama baik plaintif malah menjejaskan reputasinya secara peribadi, profesional dan politik.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: