MP Seputeh mahu saman k’jaan

MALAYSIAKINI – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang dibebaskan hari ini selepas ditahan selama tujuh hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana didakwa menahannya secara tidak sah.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 06Bercakap dalam sidang akhbar yang penuh sesak di ibupejabat DAP di Petaling Jaya pada jam 3.30 petang tadi, Teresa memberitahu pemberita bahawa beliau disoalsiasat berulangkali mengenai tiga isu.

Ia termasuk sama ada beliau telah menggerakkan penduduk Bandar Kinrara supaya mengemukakan petisyen berhubung isu laungan azan dan sama ada beliau ada berkata, peruntukan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) patut digunakan untuk agama-agama lain.

Isu ketiga ialah kenyataannya sebelum ini yang menentang tulisan jawi pada tanda jalan.

“Saya menafikan dua tuduhan pertama itu,” kata ahli Parlimen Seputeh, yang dibebaskan tanpa syarat pada jam 1 tengahari.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang adalah antara pemimpin parti itu yang hadir sama di sidang akhbar Teresa itu.

“Saya menganggap penahanan saya itu sebagai satu helah oleh Umno untuk menutup rasa malunya terhadap kenyataan Ahmad Ismail yang berbaur perkauman,” katanya merujuk kepada ketua Umno Bukit Bendera yang telah digantung jawatannya.

teresa kok dap hq isa release pc 190908 03Teresa juga menggesa pihak polis supaya menyiasat ahli politik Umno yang juga ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang dilaporkan menuduh ahli parlimen DAP itu menyifatkan laungan azan sebagai ‘mengganggu ketenteraman’ penduduk setempat.

Teresa juga mahu polis menjalankan siasatan terhadap akhbar Utusan Malaysia dan kolumnis Zaini Hassan, yang menyiarkan dakwaan terhadapnya dalam isu tersebut.

Beliau mendakwa akhbar Utusan milik Umno itu yang mencetuskan kontroversi agama di kalangan umat Islam melalui sebuah artikel minggu lalu yang bertajuk ‘Azan, jawi, JAIS, UiTM dan ba-alif-ba-ya‘.

Kolum tersebut, yang ditulis oleh editor kanan Zaini, membidas seorang ahli parlimen wanita yang tidak disebut namanya, yang pergi ke sebuah masjid dan menuntut supaya direndahkan bunyi pembesar suara sewaktu laungan azan.

Individu yang digambarkan oleh Zaini sebagai  ‘seorang ahli politik yang berkaca mata’, bersikap perkauman dan chauvinis. Bagaimanapun, masjid berkenaan telah menafikan pembabitan Teresa.

Sementara itu, Lim mendakwa laporan polis yang dibuat terhadap Teresa dibuat oleh seorang ‘operatif’ dari MCA bahagian Puchong di Selangor.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: