Anwar: ‘Tiada sebab tahan saya bawah ISA’

MALAYSIAKINI – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tiada sebab untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Jelas tiada pilihan ke arah itu,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini ketika ditanya kemungkinan beliau ditahan di bawah akta itu.

Sebaliknya, kata beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya memberi tumpuan kepada masalah politik dan ekonomi.

Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi  menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai “satu ancaman kepada ekonomi negara, bahkan kemungkinan keselamatan”.

Abdullah dilaporkan berkata, ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah juga dilaporkan berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Anwar menolak dakwaan Abdullah bahawa beliau menjadi faktor kemerosotan ekonomi negara dan keselamatan negara.

Katanya, penganalisis ekonomi serantau tidak menyebut Anwar sebagai faktor kejatuhan harga saham dan ekonomi.

Sebaliknya, kata beliau saham merudum selepas pengumuman menteri kewangan yang baru dan faktor global.

“Dasar yang ditekan oleh Pakatan ialah kebebasan media dan jenayah telah menyebabkan negara hilang daya saing,” katanya.

Anwar berkata, BN sudah menjadi minoriti kerana majoriti ahli Parlimen telah bersama Pakatan Rakyat.

“Sebaliknya, PKR, PAS dan DAP mahu menstabilkan dan menyelamatkan politik dan ekonomi negara,” katanya.

Advertisements

2 Komen

  1. Tedung Gua Musang said,

    19 September 2008 pada 1:42 am

    Lagu Jihad Untuk Semua.! Sila click di link ini:

  2. Tedung Gua Musang said,

    19 September 2008 pada 7:30 pm

    Untuk short cut (direct to) koleksi video pilihan sila click pada link di bawah ini plak

    http://guamusang.net/parlimen/video.htm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: