AMK Perlis ucap tahniah pada Zaid Ibrahim

HARAKAHDAILY – KANGAR – Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Perlis mengucapkan tahniah kepada Dato’ Zaid Ibrahim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal-ehwal perundangan di atas ketegasan beliau untuk meletakkan jawatannya demi menegakkan prinsipnya yang membantah tindakan kerajaan BN yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai zalim.

Menurut Ketua Penerangan AKM Perlis, Asrul Nizam Abd Jalil, tindakan Zaid itu adalah satu isyarat yang jelas tentang kerapuhan kerajaan BN ketika ini yang hanya menunggu masa sahaja untuk tumbang.

“Ini akan direalisasikan melalui tindakan lebih dari 30 Ahli Parlimennya yang sudah bersedia untuk keluar dari BN dan seterusnya bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk membina harapan baru untuk Malaysia yang lebih adil dan gagah.

“AMK Perlis turut mengalu-alukan Zaid untuk bersama-sama dengan Pakatan Rakyat bagi memperjuangkan kebebasan kehakiman dan keadilan yang tidak mampu dilaksanakannya di dalam BN,” katanya.

Selain itu, AMK Perlis juga membantah sekeras-kerasnya penggunaan ISA ke atas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin dan menuntut mereka berdua dan ramai lagi yang sedang ditahan di bawah akta yang zalim itu dibebaskan serta merta.

“Dan kami ingin menegaskan bahawa antara tindakan awal yang perlu dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ialah memansuhkan akta ini di samping beberapa akta lain yang jelas bercanggah dengan Hak Asasi Manusia.

“Di samping itu, kami juga ingin menegaskan di sini agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi supaya segera memberi laluan kepada Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bersemuka dengannya bagi membincangkan peralihan kuasa secara tersusun dan aman,” ujarnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: