‘Taktik kotor’ punca utama Zaid tewas

MALAYSIAKINI – Seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Kota Bharu mendakwa, Umno bahagian itu sengaja membatalkan mesyuarat cawangan yang mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim untuk bertanding jawatan ketua bahagian.

Sebaliknya, kira-kira 30 mesyuarat cawangan yang tidak cukup korum dibenarkan kerana mencalonkan Datuk Mohd Fatmi Che Salleh untuk bertanding jawatan ketua bahagian, kata AJK berkenaan Wan Mokhtar Wan Abdul Rahman.

Daripada 112 cawangan yang telah mengadakan mesyuarat, Zaid mendapat 17 pencalonan kurang tujuh untuk membolehkan beliau bertanding jawatan ketua bahagian.

Berikutan itu, Mohd Fatmi yang juga setiausaha politik Datuk Seri Mohd Najib Razak menang tanpa bertanding jawatan berkenaan.

“Permainan kotor ini menjadi faktor utama Zaid tidak cukup pencalonan untuk bertanding jawatan ketua bahagian.

“Mengikut perkiraan kami, Zaid sepatutnya memperolehi 28 pencalonan dan bukannya 17 seperti sekarang ini,” katanya yang juga ketua Umno cawangan Telaga Bina.

Wan Mokhtar berkata demikian ketika diminta mengulas kegagalan Zaid untuk mendapat pencalonan mencukupi bagi mempertahankan jawatan ketua bahagian.

Sementara itu, seorang lagi AJK Umno bahagian itu mendakwa pihak tertentu menggunakan agensi kerajaan supaya cawangan tidak mencalonkan Zaid.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, berikutan itu banyak cawangan yang tidak berani mencalonkan Zaid untuk jawatan ketua bahagian.

Katanya, pegawai-pegawai Kemas, Jabatan Pelajaran dan jabatan khas Kementerian Penerangan memberi tekanan dan ugutan supaya cawangan-cawangan tidak mencalonkan Zaid.

“Ada guru yang mengadu mereka akan dikenakan tindakan jika mencalonkan Zaid untuk jawatan ketua bahagian.

“Manakala Kemas pula akan menghentikan bantuan kepada cawangan yang mencalonkan Zaid,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: