Peralihan kuasa:Najib masih berpendirian seperti Jumaat

AGENDA DAILY – Fokus sepanjang hari Isnin bertumpu ke Putrajaya bila tersebar khabar mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan pertemuan empat mata dengan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pertemuan dari jam 10 pagi dikatakan bertumpu kepada isu peralihan kuasa 2010 yang telah dipersetujui antara mereka sebelum ini.

Perubahan yang dijangka beri kesan besar kepada pelan berkenaan berlaku Jumaat lalu bila Najib berkata beliau menyerahkan kepada bahagian-bahagian UMNO di seluruh negara menentukan pendirian masing-masing keatasnya.

Berbagai cerita telah menjalar keluar tidak lama selepas pertemuan itu berakhir pada jam 2 petang.

Satu laporan sebuah laman web berbahasa Inggeris tidak lama selepas pertemuan itu telah memetik sumber-sumber sebagai memberitahu bahawa Najib telah memberi jaminan beliau tidak akan berganjak dari pelan asal 2010.

Namun ada sumber-sumber lain memberitahu Agendadaily bahawa Najib tetap ingin menyerahkan hal itu diputuskan oleh bahagian-bahagian UMNO sendiri.

Ini berdasarkan feedback yang mengatakan kebanyakan UMNO Bahagian mahu kuasa penentuan itu diberi kepada mereka selaras dengan peruntukkan perlembagaan parti.

Ada juga sumber lain yang memberitahu kedua-dua mereka telah bersetuju untuk ‘ minta pandangan’ Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat petang Khamis ini.

Difahamkan mungkin para ahli Majlis Tertinggi akan buat pengundian keatasnya.

Apapun ia dikatakan tidak dapat mengikut pendirian bahagian-bahagian.Bagaimanapun menurut sumber berkenaan setahunya setakat ini tidak timbul Najib telah ubah pendirian hari seperti dinyatakan hari Jumaat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: