Penahanan ISA tindakan zalim, Pakatan Rakyat adakan himpunan aman 15 September

HARAKAHDAILY – KUALA LUMPUR – Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu semalam membantah sekeras-kerasnya tindakan terdesak kerajaan yang menangkap beberapa individu iaitu antaranya Exco Kerajaan selangor, Teresa Kok; Blogger, Raja Petra Kamarudin dan wartawan, Tan Hoon Cheng di bawah akta zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Kami mendesak pihak kerajaan agar membebaskan segera semua tahanan tanpa syarat. Sekiranya terdapat sebarang bukti mengenai sebarang kesalahan jenayah, ia harus dibicarakan di mahkamah terbuka,” ujar satu kenyataan Pakatan Rakyat semalam.

Kenyataan itu dibuat bersama antara Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ketua ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang,

Kenyataan itu menyebut, tindakan tangkapan ini terutama apabila pemberita yang menjalankan tugas ditangkap dan bukannya individu yang mengeluarkan kenyataan, adalah bukti manipulasi Umno yang menggunakan isu kaum untuk menakutkan rakyat.

“Bahkan komponen Barisan Nasional sendiri tidak menyokong tindakan kejam ini. Kami mendesak kerajaan mengotakan janji mereka bahawa tidak akan ada lagi tahanan ISA selepas ini.

“Kami berharap tindakan kerajaan ini bukan merupakan percubaan awal untuk menangkap lebih ramai ahli politik pembangkang dengan tujuan menggagalkan usaha Pakatan Rakyat membentuk kerajaan dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Suasana tidak stabil yang nampaknya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan mengundang rasa tidak tenteram di kalangan rakyat terbanyak dan boleh mengancam keselamatan negara.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat bersetuju untuk mengambil beberapa tindakan antaranya, encadangkan pertemuan tertutup antara wakil Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi membincangkan soal keselamatan negara dan masa depan politik Malaysia.

Pakatan Rakyat juga bercadang mengadakan himpunan secara aman bersama Kerajaan Negeri Selangor di stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 bagi merayakan Hari Malaysia, katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini mengenai tahanan ISA, Malaysikini melaporkan seorang tahanan ISA, wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng telah dibebaskan semalam dan kini berada di rumahnya di Bukit Mertajam.

Difahamkan, Tan dibebaskan di ibu pejabat polis Pulau Pinang pada kira-kira jam 11.10 pagi. Wartawan tersebut kemudiannya dihantar pulang oleh pihak polis ke rumahnya pada kira-kira jam 4 petang semalam.

Sebelum ini, Tan dilaporkan telah dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur selepas ditahan malam tadi. Tan, 33, ditahan pada jam 8.30 malam di bawah ISA.

Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina “menumpang” di negara ini. Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok./wann

Advertisements

1 Komen

  1. akmal said,

    15 September 2008 pada 6:25 pm

    ISA mmg zalim..
    tidak ptot di lksanakn…
    sye pnh msok ISA..
    Intitusi Sains Agame..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: