ISA: Zaid Ibrahim sanggup letak jawatan

MALAYSIAKINI – Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai ‘tidak adil’.

Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.

Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng turut ditahan di bawah ISA tetapi telah dibebaskan semalam.

zaid ibrahim and isa internal security act 150908“Kita mempunyai sebuah kerajaan yang komited kepada undang-undang dan pembaharuan, kita tidak boleh menggunakan politik gaya lama atau bertindak mewujudkan ketakutan.

“Kita ada undang-undang dan mereka boleh didakwa di mahkamah.

“Saya sedang berusaha untuk bertemu Perdana Menteri (Abdullah Ahmad Badawi) minggu ini untuk menyatakan pendirian saya itu kepada beliau.

“Jika (beliau menganggap) pendirian saya itu tidak dapat dipertahankan, saya akan letak jawatan,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini dari Kota Baru hari ini.

Beliau telah mengadakan sidang akhbar di kediamannya di Kota Bharu hari ini di mana beliau becakap mengenai perkara yang sama.

Bernama memetik beliau Zaid sebagai berkata, penggunaan ISA hendaklah dikhususkan untuk pengganas, komunis dan pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan secara paksa.

“Tujuan asal (ISA), digunakan terhadap pengganas bersenjata, orang yang hendak menggulingkan kerajaan secara paksaan…komunis. Jadi, kita perlu tetap dengan itu,” katanya.

Zaid berkata negara mempunyai banyak undang-undang yang boleh digunapakai bagi menangani isu-isu seperti ketegangan kaum dan mengancam keselamatan negara.

“Di dalam negara kita ada banyak undang-undang yang boleh digunakan oleh pihak polis untuk menahan mereka tanpa menggunakan ISA.

“Kita ada undang-undang Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan yang boleh menjelaskan kepada rakyat kenapa mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang tanpa menggunakan ISA,” katanya.

Zaid juga berkata banyak lagi pendekatan yang boleh digunakan untuk mengurangkan perbezaan kaum atau isu perkauman termasuk melalui sesi dialog dan perbincangan secara aman.

Mengenai pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu, Zaid berkata beliau kesal dengan tindakan bahagian yang membatalkan mesyuarat peringkat cawangan yang mencalonkan dirinya.

“Tapi ianya sudah menjadi syarat jadi saya perlu patuh kepada keputusan bahagian. Saya tidak akan merayu. Sehingga kini saya sudah mendapat 20 pencalonan,” katanya.

Jawatan ketua Umno bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd  Fatmi Salleh dengan Zaid yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.

Advertisements

1 Komen

  1. 14 September 2008 pada 10:25 pm

    🙂 Pasal ISA (internal Security Act), Dato Zaid yang mengawalselia hal ehwal perundangan nak letak jawatan? Alhamdulillah, semoga Tuhan merahmati dan mensejahterakan Dato.
    __________________________________________

    Semua orang tahu Penahanan ISA adalah satu penahanan tanpa bicara, sedangkan Malaysia dah lama merdeka, di mana kemerdekaan yang yang menjunjung perlembagaan, kedaulatan undang2? melalui pemerhatian bodoh saya laa… Malaysia tidak patut meneruskan atau mengadakan penahanan ISA ini, sedangkan malaysia dah lama merdeka, mempunyai sistem perundangan yang lengkap. lain laa kalau negara di bawah jajahan yang baru ingin membentuk kerajaan, atau suasana negara yang berada dalam perperangan, di jadikan tahanan sebegini untuk penehanan sementara sebelum terbinanya kerajaan dan terlaksananya undang2. Tapi malaysia dah lama mempunyai sistem perundangan, salah atau tidak seseorang itu perlu menjalani perbicaraan terlebih dahulu. apa gunanya sistem mahkamah? pastu yang lawak plak nya kepanasan penahanan ISA ni berlaku pada pihak sebelah, pihak yang berasingan dengan kru2 kerajaan. Cuba kalian tengok dan lihat jikalau pesalah2 yang melakukan kesalahan seumpama ini tergolong dari golongan parti pemerintah.. Apa keputusan yang di ambil? Adil atau tidak dengan keputusan yang di putuskan?__________________________________________

    Terima kasih dato zaid, dalam perkara ini saya kategorikan dato sebagai ahli politik dan insan yang telus.. jangan jadi semacam ahli2 politik lain semacam kaki jilat, kaki bodek, jaga periuk nasi dan pelbagai agenda negative. Hanya berdiam diri, hanya menutup mata.

    Disini kita dapat klasifikasikan parti pemerintahan sekarang, orang dalaman parti sendiri pun tidak berapa setuju dengan beberapa perkara yang di laksanakan dalam pemerintahan. apatah lagi pihak lawan. ini menunjukan parti pemerintah sekarang tidak lagi releven dengan zaman sekarang. banyak isu dan perkara yang bertentangan dengan kehidupan rakyat di adakan, ini kebanyakan adalah untuk kepentingan peribadi tersendiri semata2.

    _________________________________________


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: