Anggota BN-BBC tinggalkan Taiwan kerana taufan, PKR berjaya ‘interaksi’

mSTAR – PETALING JAYA: Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan Taiwan awal pagi tadi atas  alasan bimbang dengan taufan yang dijangka melanda negara itu hari ini.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ketika dihubungi mStar Online berkata, kesemua Ahli Parlimen yang masih berada di Taiwan telah diarahkan keluar hari ini.

Bagaimanapun kata Tian, pihaknya sempat berinteraksi dengan ahli-ahli Parlimen tersebut malam tadi.

“Saya tidak pasti taufan apa yang dirujuk mereka. Memang taufan dijangka melanda Taiwan hari ini tapi ia juga mungkin merujuk kepada kita.

“Bagaimanapun kita sempat berinteraksi dengan mereka malam tadi tapi saya tidak boleh nak beritahu dengan lanjut,” katanya yang enggan mendedahkan bentuk komunikasi antara mereka.

Tian berkata, beliau telah diberitahu sendiri oleh Ahli Parlimen yang ditemui semalam bahawa kebanyakan mereka akan meninggalkan Taiwan melalui Hong Kong namun terdapat segelintir daripada mereka dipercayai ke China untuk membeli-belah dan bermain golf.

“Mereka dirancang supaya tidak berada di Taiwan (hari ini)… terpulang kepada interpretasi masing-masing sebab keputusan untuk bertolak lebih awal, yang dibuat mereka secara tiba-tiba ini, kerana sepatutnya mereka dijadualkan pulang pada 17 Septemberi,” katanya.

Tian berkata, melalui interaksi yang disifatkan beliau sebagai amat berjaya antara kedua-dua pihak malam tadi itu jelas menunjukkan mereka tidak puas hati dengan situasi yang berlaku pada masa ini.

“Kita bincang banyak isu namun apa yang saya boleh kata, peralihan parti memang akan berlaku walaupun kerajaan baru tidak dapat dibentuk.

“Selain itu, satu lagi mood yang timbul di kalangan mereka adalah ingin terus tinggal dalam BN kerana mahu menyokong (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin mencabar (Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi (bagi jawatan Presiden Umno) pada mesyuarat perwakilan akan datang,” katanya.

Tian Chua berkata, penahanan tiga individu termasuk pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri semalam turut menimbulkan kemarahan di kalangan mereka.

“Khabar yang diterima semalam memang menimbulkan sedikit ketakutan dan rasa tidak puas hati. Jadi mereka rasa ini tanda yang buruk untuk mengalihkan pandangan daripada tarikh 16 September,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh berkata, kepulangan ahli-ahli Parlimen itu menunjukkan mereka bimbang dengan kedatangan lima wakil PKR ke Taiwan.

“Ketika di sini juga, mereka dikawal ketat. Telefon bimbit mereka tidak boleh dipegang oleh orang lain tapi kita tetap dapat berkomunikasi dengan mereka.

Beliau yang juga enggan mendedahkan bentuk komunikasi antara mereka hanya memberitahu yang Pakatan Rakyat sudah mempunyai bilangan Ahli Parlimen BN yang akan menyertai mereka seperti yang diberitahu oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

“Seperti kata Datuk Seri Anwar, kita ada nombornya. Beliau (Anwar) cakap betul… tidak pernah beliau cakap tidak betul. Cuma memanglah ada halangan (untuk melaksanakannya),” katanya.

Fuziah berkata, beliau akan bertolak pulang ke Malaysia malam ini manakala yang selebihnya dijadual pulang esok.

Selain Tian dan Fuziah, tiga wakil PKR yang berangkat ke Taiwan petang semalam dipercayai untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen BN untuk melompat parti adalah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution; Ahli Majlis Tertinggi PKR, Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong.

Sementara itu, Pengerusi BN-BBC, Datuk Seri Tiong King Sing ketika dihubungi berkata, rombongan Ahli Parlimen meninggalkan Taiwan awal pagi tadi kerana bimbang tentang ramalan taufan yang dijangka melanda negara itu.

“Sebab itu kita keluar awal pagi dan penerbangan sepatutnya pada pukul 8 pagi tadi tapi saya tidak pasti sama ada mereka sudah menaiki pesawat atau pun sedang transit di Hong Kong,” katanya.

Beliau berkata, empat hingga lima orang Ahli Parlimen masih tinggal di Taiwan kerana mahu bersiar-siar dan membeli-belah.

“Saya sendiri sekarang berada di China dan belum pulang ke Malaysia,” katanya namun enggan memberitahu Ahli Parlimen yang turut mengikut beliau ke China.

Ditanya mengenai dakwaan Tian bahawa berlaku komunikasi antara pihaknya dan Ahli Parlimen malam tadi, Tiong berkata, ia merupakan satu pembohongan.

Isnin lalu, rombongan seramai 49 Ahli Parlimen iaitu anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) berangkat ke Taiwan sempena lawatan sambil belajar pertanian berteknologi tinggi.

Mereka sepatutnya pulang Rabu atau Khamis ini.

Bagaimanapun beberapa anggota kelab itu telah pulang dua hari yang lalu.

Advertisements

2 Komen

  1. jiwang031 said,

    15 September 2008 pada 8:03 am

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

    KINI TELAH DIBUKA..
    PUSAT DOWNLOAD MELAYU

    MACAM-MACAM ADA! DOWNLOAD SECARA PERCUMA!!!
    ►Audio Muzik
    ►Ceramah & Motivasi
    ——Audio
    ——Video
    ►Ebook
    ——Majalah
    ————————Majalah PC ada,
    ————————Majalah PC Xtra ada,
    ————————Mangga ada,
    ————————Ujang ada,
    ————————Mastika ada,
    ————————Gila-Gila ada,
    ————————Majalah Apo? ada,
    ————————Majalah Gempak ada,
    ————————Majalah Utopia ada,
    ————————Majalah Mingguan Wanita ada,
    ————————Majalah Mastika ada,
    ————————Majalah Wisel ada,
    ————————Majalah Arena Bolasepak ada,
    ————————Majalah Hai ada,
    ————————Majalah Maskulin ada,
    ————————Majalah G3 ada,
    ————————Majalah Max It ada,
    ————————Majalah Star Soccer ada,
    ————————Majalah Klik ada,
    ————————Majalah Remaja ada,
    ————————Majalah CHIP ada,
    ————————Majalah Aliran Informasi Pertahanan TEMPUR ada,
    ————————Majalah Rasa ada,
    ►Filem
    ——Versi DVD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ——Versi VCD
    ————Cerita Indonesia
    ————Cerita Melayu
    ————Cerita Orang Putih
    ►Rancangan Televisyen
    ——8TV
    ——Astro Ceria
    ——Astro Prima
    ——Astro RIA
    ——AXN
    ——NTV7
    ——RTM
    ——TV3
    ——TV9
    ►Video Muzik
    ——Muzik Indonesia

    dan banyak lagi..!!!

    Masuk sini= http://jiwangg.notlong.com

    TENGOK DULU BARU TAHU, CAKAP SAJA TARA GUNA

    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████
    ███████████████████████████████████████

  2. penulis_cyber said,

    15 September 2008 pada 9:58 am

    5 ORANG INI PALING PATUT DIKENAKAN ISA KERNA JELAS INGIN MERASUAH MP BARISAN NASIONAL DENGAN TAWARAN MELOMPAT PARTI.

    JIKA PERBUATAN JELAS TIDAK BERETIKA INI DIBIARKAN TENTU IA AKAN TERUS DIULANG ULANG OLEH PAKATAN RAKYAT DAN KITA JUGA AKAN BERDEPAN DENGAN SITUASI TIDAK MENENTU.

    DULU KOMUNIS MENGGANAS MENGGANGGU SEKARANG ‘KOMUNIS’ BENTUK BARU MENGGANAS MENGGUNAKAN MEDAN POLITIK MENJATUHKAN KERAJAAN.

    MEREKA INI TIDAK BOLEH DILAWAN DENGAN SENJATA TETAPI DENGAN PERUNTUKAN UNDANG UNDANG SEPERTI ISA INILAH.

    RAKYAT TIDAK SANGGUP BIARKAN NEGARA DIJAUHI PELABUR DAN UMAT KITA DILANDA KEBIMBANGAN DENGAN MAINAN POLITIK KOTOR SEPERTI INI.

    MARI RAMAI RAMAI DESAK LIMA ‘WARGA TIDAK CINTA NEGARA’ INI DIKENAKAN ISA JUGA SEBAGAI AMARAN KEPADA YANG LAIN.

    MOGA KEAMANAN KEKAL TERPELIHARA DI NEGARA KITA

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: