Syed Hamid: Wartawan mungkin bebas hari ini

MALAYSIAKINI – Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng – salah seorang yang ditahan semalam mungkin dibebaskan hari ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau juga berkata, tidak ada lagi yang dijangka ditahan di bawah ISA selepas tiga orang ditahan semalam, tetapi menegaskan ia bergantung kepada keadaan ketenteraman awam.

Menurut Star Online, Tan yang ditahan di bawah ISA malam tadi, telah dihantar ke Bukit Aman pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Tan adalah wartawan pertama yang melaporkan kenyataan pemimpin, Datuk Ahmad Ismail yang didakwa berkata kaum Cina “menumpang” di negara ini.

Sebelum itu, ibubapanya telah dibenarkan menemui Tan di ibupejabat polis Pulau Pinang.

Turut ditahan di bawah ISA semalam ialah blogger Raja Petra Kamaruddin yang juga editor Malaysia Today serta ahli Parlimen DAP, Teresa Kok.

Sementara itu, Syed Hamid dijadual mengadakan sidang akhbar di Bukit Aman petang ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: